Siti Kasim Respon Susulan Kereta Dib4kar Slpas Pmandu Disyaki Mabok. Sekali Harith Iskander Masuk Komen

Seorang peniaga sayur dekat sini bukan sahaja terbabit dalam kmIangan tetapi keretanya turut dibakar penduduk kampung yang mendakwa dia memandu dalam keadaan mab0k.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata peniaga itu seorang wanita berusia 56 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Bumbung Lima, Kepala Batas selepas selesai menghantar sayur.

Dalam kejadian 9.50 malam itu, dia dikatakan memasuki laluan bertentangan di Jalan Ara Kuda dan bertembung dengan dua buah motosikal yang ditunggang pasangan kembar, Muhd Asri Roslan dan Muhd Azri Roslan, 14.

Pemandu disangka mabuk, penduduk bakar kereta terbabit kemalangan ...

”Ketika tiba di lokasi kejadian, pemndu wanita itu mengatakan mahu mengelak haiwan yang tiba-tiba berada di hadapannya lalu keretanya masuk ke laluan bertentangan.

” Pada masa sama datang dua motosikal yang dinaiki adik beradik kembar gagal mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta wanita terbabit,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Susulan kmIangan itu, dua remaja berkenaan ced3ra parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut kerana patah kaki kanan, ced3ra di tangan dan muka.

Noorzainy berkata, wanita itu kemudiannya meninggalkan kereta di lokasi kejadian dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk membuat laporan polis.

Berita kmIangan itu kemudiannya ditularkan di media sosial dengan dakwaan dia memandu dalam keadaan mab0k.

Dakwaan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen dan penduduk kampung yang kemudiannya bertindak membakar kereta wanita berkenaan.

Noorzainy berkata, perbuatan membakar kereta itu adalah tindakan khianat dan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan sementara kes kmIangan itu disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

” Hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu didapati negatif dan dia bukan memandu di bawah pengaruh alkohol seperti yang digembar gemburkan,” katanya.

Noorzainy berkata orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan terburu-buru hingga melanggar undang-undang.

” Polis mendapat laporan bahawa kereta wanita ini dibakar yang mana pelakunya sudah dikenalpasti dan tangkapan akan dilakukan,” katanya.

Siti Kasim respon..

Tunjuk jari tengah, peguam negara tidak dakwa Siti Kasim | Berita ...

Susulan dari berita tersebut, aktivis dan peguam Siti Kasim telah memuatnaik posting sebagai reaksi beliau sambil merujuk keratan berhubung berita tersebut.

”SENTIMEN AWAM”

” Kejadian seperti ini hanya menunggu untuk berlaku. Suatu hari orang ramai akan mula memarahi orang lain kerana dipengaruhi oleh ahli politik, media dan pihak-pihak yang berkepentingan yang mahu memerintah ikut cara mereka.

” Tidak kiralah kemalangan disebabkan oleh pemandu mabuk adalah kecil jika dibandingkan dengan sebab-sebab lain, tetapi orang-orang ini berjaya mempengaruhi orang ramai dengan menganggap alkohol adalah penyebab terbesar kemalangan jalan raya.

” Kali ini penduduk kampung hanya membakar kereta. Selepas ini mereka mungkin akan membunuh pemandu tanpa memeriksa fakta. Siapa yang harus dipersalahkan apabila orang ramai mula berfikir seperti ini?

” Pemandu ini harus saman orang yang membakar keretanya.” tulis Siti Kasim

Harith Iskander komen..

Comedian Harith Iskander to go on nationwide tour

Posting Siti Kasim itu kemudian mendapat respon dari Harith Iskander yang menulis di ruangan komen.

” Dan dua orang yang menunggang motosikal itu berusia 14 tahun menurut artikel itu. Ada kemarahan mengenai perkara ini? Atau adakah had umur mendapatkan lesen motosikal telah diturunkan?” tulis Harith.

Komen tersebut turut dibalas semula Siti Kasim.

” Tepat! Mengapa kanak-kanak ini menggunakan motosikal ketika mereka berumur 14 tahun? Adakah polis juga mengambil tindakan terhadap mereka?” balas Siti Kasim.

 

Sumber: Berita Harian, Malaysia United

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*