
Kali ini aku ingin kongsi cerita yang masih berkisar dengan kehidupan atuk dan nenek aku di kampung.
Kampung nenek aku ni agak mendamaikan sebab memang terletak di dalam kawasan pendalaman.
Di belakang rumah nenek ada sebatang sungai yang muaranya sangat luas kerana terletak tidak jauh dari kawasan laut.
Sungai yang mana Atuk terserempak dengan jin laut yang naik ke daratan. (refer cerita aku yang lepas)
Dulu masa kecil aku dan sepupu sepupuku selalu lah terjun tiruk masuk ke dalam sungai sampai kena hambat sebab berendam sampai ke Maghrib.
Sesekali kedengaran suara budak budak gelak ketawa bergurau senda bermain. Bunyi air berkocak juga kedengaran. Jadi ternyata mereka mandi manda di situ.
Nenek dan makcikku meneruskan kerja rumah seperti biasa. Sesekali menjenguk ke arah mereka. Untuk beberapa ketika makin riuh rendah suara budak budak tu bergelak ketawa.
Dan diselangi suara menjerit meminta tolong.
“Tolong! Tolong!”
Nenek aku menjenguk lagi. Tapi tidak kelihatan pula bayang budak budak tu.
Keadaan menjadi agak riuh dan kelam kabut apabila si ayah budak tu berlari menjerit meminta tolong mengatakan anaknya lemas.
Petang itu, penduduk penduduk kampung bersama sama membuat search and rescue mencari kedudukan mngsa di dalam sungai.
Setelah beberapa jam berlalu sehingga tengah malam baru selesai pencarian. Dua orang kanak kanak ditemui mti lemas dan jnazah berada tidak jauh antara satu sama lain.
Hari raya kali itu agak suram apabila ada berita kematian yang menyayat hati. Lebih lebih lagi ia terjadi hanya beberapa meter dari belakang rumah nenekku, sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluargaku.
Untuk tempoh beberapa hari sejak peristiwa itu, nenek dan makcik seringkali mendengar suara budak budak bergelak ketawa diselangi dengan suara menangis meminta tolong dari arah jeti sungai belakang rumah.
Hakikatnya nenek dan makcik mendengar budak meminta tolong tetapi selepas itu masih kedengaran suara budak budak bergelak ketawa.
Kata nenek, mungkin ada benda lain bergelak ketawa melihat budak budak itu lemas di dalam air. Sebab itu nenek mendengar suara meminta tolong dan gelak ketawa bersilih ganti dan bertindih.
Semoga roh budak budak yang lemas situ dicucuri rahmat dan dijadikan pedoman buat semua untuk tidak cuai dalam mengawasi kanak kanak lebih lebih lagi di kawasan yang merbahaya seperti sungai atau laut.
Malang tidak berbau. Tetapi waspada masih boleh menjadi sempadan terakhir dalam pengawasan kanak kanak. Apapun semuanya asbab. Sesungguhnya ajal dan maut itu pasti.
Sekian.
Be the first to comment