Sebab Kenapa Konvoi Motor Dan Kereta Mewah Dihalang Naik Genting Highlands Didedahkan

Kumpulan-kumpulan konvoi motosikal mahupun kereta sentiasa memilih Genting Highland sebagai destinasi mereka untuk berkumpul. Viral di media sosial satu video yang memaparkan seorang anggota polis bantuan Genting Highland yang menyatakan bahawa pihak pengurusan tidak lagi membenarkan mana-mana kumpulan kereta mahupun motosikal yang berkonvoi untuk menaiki puncak gunung terbabit.

Konvoi ke Genting tidak dibenarkan

https://twitter.com/RimauXI/status/1279757882502680576

Menerusi rakaman video yang dimuat naik Twitter RimauXI, anggota polis bantuan telah menegaskan bahawa mereka yang berkumpulan ataupun konvoi tidak lagi dibenarkan melalui serta berkunjung ke Genting Highland. Peraturan itu termasuk dengan semua jenis motosikal mahupun kereta tidak kira jenis berkuasa tinggi ataupun tidak.

Sering menggangu pengunjung lain

Pentadbir Polis Bantuan Genting Highland, Iwan ketika dihubungi OHBULAN mengesahkan kesahihan video tersebut. Menurutnya, peraturan baru itu telah dilaksanakan sejak 25 Jun yang lalu. Namun, tempoh berakhirnya peraturan itu masih belum dapat dipastikan.

Peraturan baru itu ditetapkan kerana kumpulan-kumpulan itu dikatakan berlumba sebelum sampai ke puncak serta sering mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam. Selain itu sesetengah individu dari kumpulan itu dikatakan menggangu pengunjung lain dan sentiasa memenuhi ruang lobi hotel untuk melepak.

Sumber: RimauXI via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*