
Sebuah rakaman dashboard sebuah kereta mengenai kejadian kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang dipercayai mel4nggar lampu isyarat merah tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh sebuah portal, beberapa motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dilihat telah dirempuh oleh penunggang tersebut ketika kenderaan mereka mula bergerak.
Dua buah motosikal yang tidak sempat memberhentikan kenderaan dilihat jatuh dengan seorang pemandu berguling di atas jalan, manakla penunggang motosikal yang merempuh mereka tidak mengalami kecederaan.
Kejadian tersebut berlaku pada petang semalam jam 5.43 petang, namun lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Ianya telah mengundang kemarahan warganet dengan rata-ratanya berang akan sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa.
Rata-rata netizen mengecam tindakan rider yang menyebabkan 2 lagi rider lain jatuh.
Sumber: Koko Media, Siakap Keli
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment