Ibu Neelofa Dapat Hadiah Istimewa Dari Suami. Memang Bukan Calang Calang Hadiah Tersebut

Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menerima sebuah kereta mewah bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-54 daripada suami tercinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Kartini berkongsi beberapa keping foto pemberian hadiah istimewa tersebut untuk tatapan umum.

Alhamdullilah Syukur .. kasih sayang dari zat kekuasaanmu Ya Allah terpancar seluruh ke jiwa-jiwa yg berdamping denganku.. ini adalah rahsia kekuasaan dlm gengamanmu yang tak pernah terfikir di fikiran makhluk

Alhamdullilah Ya Allah, mashaAllah harini menerima suprise dari suamiku tercinta.. yang terharu bukan kejutan atau hadiah , tapi… usahanya yg membuatku cukup2 terharu .. love you sayang
Kau lah sinar hidupku , kebahagiaan ku

Semoga Allah merahmati dan sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesehatan yg afiyah .. amiiinn
Love you sayang

Amiin Allahumma Amiin

Untuk lihat gambar seterusnya sila swipe ke kiri dari pautan instagram di bawah

“Alhamdulillah Ya Allah, hari ini menerima kejutan daripada suamiku tercinta.. yang terharu bukan kejutan atau hadiah tetapi usahanya yang membuatku cukup terharu. Love you sayang, kaulah sinar hidupku, kebahagiaanku,” tulis Kartini menerusi ruangan kapsyen.

Tambah istimewa apabila suaminya, Datuk Abdul Halim Khan turut menempah nombor plat KY1 untuk kereta mewah BMW putih tersebut.

Pasangan itu turut meraikan sesi tersebut bersama sebuah kek serta hiasan belon.

KOMEN TAHNIAH DARIPADA RAKAN RAKAN MEDIA SOSIAL

Sambut Ulang Tahun Ke-54, Ibu Neelofa Dapat Hadiah Kereta Mewah Nombor Plat KY1

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang teruja melihat hadiah yang diterima oleh Kartini.

“Bertuahnya badan kak Tini,” tulis pelakon Zarina Zainuddin.

“Alhamdulillah, happy kita tengok kakak kita happy,” komen adik Kartini.

“Doakan saya dapat suami mithali macam mama Kartini,” kata seorang wargamaya.

“Happy birthday aunty! Tahniah kerana sentiasa dikelilingi insan-insan yang menyayangi dan disayangi,” ujar seorang wargamaya.

“KY1 tu mesti Kartini Yang 2, so sweet!” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sekadar info, Kartini dilahirkan pada 8 Julai 1966 dan memiliki darah campura. keturunan Pakistan-Arab.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*