Aku cuba untuk tinggalkan dia tapi dia berkeras mencari aku

Hai, assalamualikum. Macam mana nak mula cerita pun aku tak tau. Tapi aku nak share juga lah. Aku ni perempuan yang dah nak menginjak ke usia 30an. Aku punya impian dulu nak kahwin di usia muda.

Empat tahun lepas aku berkenalan serious dengan sorang lelaki. Dia sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dengan aku. Walaubagaimanapun akhirnya dia tinggalkan aku tanpa sebab hanya mengatakan aku dan dia tiada jodoh. Sampai sekarang dia pun masih tak berkahwin lagi. Sejak dari pada tu, waktu tu usia aku baru 24 tahun.

Kemudian tahun berganti tahun aku masih meneruskan usaha mencari jodoh aku. Aku pernah subscribe Dan bayar untuk join laman web mencari jodoh muslim. Tapi semuanya aku macam tiada keyakinan untuk terus kan kerana aku sorang yang nak tahu karekter seseorang tu dengan mata kepala sendiri.

Zaman aku bekerja bermula, bila bekerja kau akan kenal perangai macam-macam orang. Sambil menyelam minum air, aku masih teruskan juga usaha mencari jodoh aku. Biar lah orang kata pergi mencari timba. Aku pernah approach beberapa lelaki yang memang baik tapi semuanya menolak aku. Sampai sekarang aku rasa memang hidup aku ni ditakdirkan untuk tak berpasangan ke.

Ada satu masa tu, ada seorang lelaki text aku di messenger, dia konon ya ikhlas nak berkenalan dengan aku, dia buat cerita sedih pasal ayah dia, dia perlu kan duit. Sebab kan aku rasa aku perlu bagi peluang untuk diri aku kenal dia, aku pun bagi pinjam dan akhirnya sebenarnya dia scammer penipu duit wanita-wanita di luar sana dengan member harapan untuk menjadi pasangan hidup yang baik.

Ahhhhh, aku menangis. Aku rasa diri aku macam b*d*h sangat, aku ni terdesak sangat ke nak mencari jodoh. Sampai lelaki asing macam ni pun boleh senang tipu aku. Sejak tu, ada juga beberapa lelaki yang aku tak kenal text aku untuk mengenali aku. Semuanya aku block sebab aku rasa tu semua scammer. Sampai satu tahap aku rasa, aku dah malas nak hiraukan pasal jodoh.

Macam biasa mak mana yang tak sayang anak, nak lihat anaknya kahwin dan bahagian macam orang lain kan. Sampai kan mak aku sanggup nak tanya kan makcik jiran rumah sebelah, nak kenalkan aku dengan anak lelaki makcik tu.

Bagi aku, tak perlu pun sebab ya kalau anak lelaki dia tu suka kat aku dah lama dia datang merisik sendiri kan. Aku rasa tu semua memalukan aku je nanti lepas apa yang aku dah usahakan approach memang semuanya tolak aku. Sejak tu aku berpegang pada prinsip lelaki kalau dia nak, dia sendiri akan approach.

Berbalik kepada topik atas, panjang pulak introduction aku. Aku berkenalan dengan seorang lelaki ni di tempat kerja, sampai satu tahap dia ajak aku keluar, aku pun keluar dengan dia sebagai kawan. Aku tahu dia sudah ada kekasih hati, dia text aku kata adakah ruang di hati aku untuk dia. Aku dan dia berkawan makin rapat dan rapat. Sampai satu tahap dia bertunang senyap dengan kekasih dia, tapi aku dapat tahu juga.

Aku cuba untuk tinggalkan dia tapi dia berkeras mencari aku dan ingin meneruskan hubungan yang rapat ni dan kata nya tunang tu hanya pilihan keluarga. Sekarang aku rasa macam aku ni perampas pula, hurm aku rasa macam drama tv3 kalau untuk aku watak jahat jadi kekasih gelap tunang orang.

Aku banyak kali dah tinggalkan dia, tapi dia tetap juga berkeras nak terus berkawan rapat dengan aku. Aku rasa aku macam mainan. I’m not your toys to play with. Bila dia nampak aku buat status macam tu dia mula la tak senang duduk cuba tenangkan aku. Kadang aku rasa aku ni hina sangat ke, semua lelaki yang datang dalam hidup aku, semuanya mainkan perasaan aku.

Aku tak nak jadi perosak hubungan orang. Aku tau kalau aku layanan perasaan aku ni aku juga yang kecewa sebab dia akan kahwin juga dengan ‘pilihan mak dia’. Tapi bagi aku tu bukan sekadar pilihan mak dia. Tapi memang pilihan dia, mana ada lelaki yang nak keluar selalu makan2 tengok wayang sama2 bahagia je hubungan, aku dapat tau sebab aku follow Instagram perempuan tu. Tapi kata bukan pilihan hati. Tipulah kan.

Kadang senang-senang je lelaki tu tipu aku kata kerja la itulah inilah sedangkan dia tengah bersuka ria dengan tunang dia.. Bagus jugalah tunang dia post dekat Instagram kan. Aku tau lah juga selok belok kalau time aku kena kelentong tu waktu bila. Aku rasa aku sendiri dah menipu diri sendiri sebab merelakan diri sendiri ditipu orang lain walaupun aku tau lelaki tu dah tipu aku selama ni.

Takpela. Aku pun dah penat dengan hidup nak mencari pasangan ni. Aku rasa kalau aku tak jumpa pasangan aku, kat dunia ni pun takpelah. Mungkin dia tunggu aku kat syurga. Buat lelaki kat luar sana jangan lah mainkan perasaan seorang wanita Dan jagalah kesetiaan yang pasangan anda dah beri.

Aku minta maaf kat tunang dia kalau dia rasa aku yang perampas. Yang pasti aku takkan kacau hubungan mereka. Maafkn aku. Aku bukan perampas… aku dah penat menangis sebab ditipu dan tertipu.

– Sofiah (Bukan nama sebenar)

Sumber iium

Be the first to comment on "Aku cuba untuk tinggalkan dia tapi dia berkeras mencari aku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*