Doktor Ini Tampil Luahkan Rasa Risau Bila Lihat Video Wanita Ini Buat Sesuatu Yang Mengejutkan

Pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah menerusi laman sosial Twitter mengulang ciap sebuah video memaparkan seorang gadis viral yang menelan 10 biji jamu bersama air berkarbonat.

Video tersebut yang dikongsi seorang pengguna Twitter lain pada mulanya mendapat perhatian pakar buah pinggang tersebut.

Mungkin terkejut dengan tindakan gadis itu, Dr Rafidah mendoakan kesihatannya.

https://twitter.com/LinaKlasik/status/1283930984606359553

“Sebagai seorang Doktor, saya hanya mampu mendoakan agar organ-organ dalaman beliau tidak mengalami kesan sampingan,” ciapnya.

Ciapan tersebut kemudiannya mendapat lebih 21,000 retweet, 25,000 tanda suka dengan ratusan komen dari warga Twitter.

Rata-ratanya bersetuju dengan Dr Rafidah tentang bahayanya produk kesihatan seumpama itu kepada kesihatan, terutama buah pinggang.

Ada juga yang berkongsi mengenai bahayanya produk kesihatan dan kecantikan sehingga boleh menyebabkan kem4tian.

RESPOND NETIZEN

“Saya ada seorang sepupu perempuan yang baru mening-gal setelah tiga tahun mengamalkan pemakanan diet, pil dan barangan kecantikan seperti ini.

“Memang ar-wah jadi cantik tapi selepas tiga tahun or-gan dalam semua rosak. Ar-wah mening-gal seorang diri di hospital,” tulis seorang warga Twitter berkongsi pengalaman.

“Kalau betul nak kulit cerah, kulit sihat.. minum air banyak at least dua hingga tiga liter sehari. Amalkan seminggu ke sebulan dah nampak kesan kat kulit.

“Kulit lembap sihat nampak cerah glowing. Sebab toksin pun kurang. Elak makan manis, ais. Darah pun ok. Punca kulit gelap sbb kulit kering,” nasihat warga Twitter lain.

Dalam pada itu Dr. Rafidah menerusi sebuah entri lain turut meluahkan rasa sedih kerana ramai yang mengecam gadis yang juga merupakan pengusaha produk terbabit.

DOKTOR RAFIDAH DOAKAN YANG TERBAIK BUAT GADIS ITU

Beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat gadis itu.

“Sedih juga ramai yang mengecam individu didalam video ini. Kita tidak mengenali beliau. Kita tidak tahu apa sebab beliau buat begitu. Mungkin beliau perlu semangat dan pertolongan kita.

“Kesusahan & kepayahan orang lain, kita tidak akan tahu. Kita doakan yang baik2 sahaja ya,” ciap Dr Rafidah.

Sebelum itu, gadis terbabit tular di media sosial kerana aksi pergaduhannya bersama penjaga keselamatan di sebuah gedung perabot.

Menerusi sepotong video yang ditularkan di Twitter dan Facebook, seorang gadis berpakaian dres merah jambu paras paha didakwa memaki hamun dua pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk.

Kekecohan itu berlaku ekoran tindakan pengawal keselamatan terbabit yang menghalang gadis berkenaan daripada memasuki premis tersebut tanpa pelitup muka (mask).

“Aku sepak karang, sepatutnya sediakan mask. Ada budak kecil tak pakai mask, kenapa dia lepas. Tak guna kau orang ni si*l.

“Ni IK*A tau, bukan kedai RM2. Tapi nak kena keluar balik pergi beli mask PKP dah habislah bod*h. Lainlah kalau adik aku demam.

“Nak bagi masuk ke tak? Kim*klah kau! Kau boleh suruh aku keluar cari mask?” jerit gadis berkenaan.

Bagaimanapun, gadis yang datang bersama adik perempuannya itu berjaya memasuki premis berkenaan selepas diberikan topeng muka percuma oleh orang awam ekoran kekecohan tersebut.

“Beli mask, bawa mask tak perlu. Orang bagi free je sebab Cek Non marah orang,” katanya.

https://twitter.com/naimazharrr/status/1283759393507389442

Susulan video tular itu, individu yang difahamkan perakam video berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi Instagram Stories.

“Aku memang tak bawa mask sebab memang pergi IKEA kot, shopping paling terbaik dan kaya gitu, bukan shopping kemiskinan pun.

“Confirm dia sediakan mask tak pun jual. Aku pergi kedai runcit pun orang sediakan mask.

“Yang shopping terbesar ini pula terbalik. Langsung tak sediakan.

“Cek Non naik darah semua orang dia maki sebab kat dpan tu memang dia sediakan mask dan hand sanitizer tapi tak tahulah dia malas nak top up atau apa,” jelasnya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*