
Sebelum ini , Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.
Pembantu Peribadinya dilaporkan berkata, penceramah itu dibawa ke sebuah hospital untuk proses angiogram.
Terdahulu, Mohd Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya sebelum ini memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.
Mohon sama-sama mendoakan YBhg DUKE yang sedang menjalani proses angiogram…Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat sepenuhnya.
Angiogram adalah satu pemeriksaan yang menggunakan imbasan sinar-x untuk memperlihatkan salur darah dengan menggunakan bahan kontras. Angiogram digunakan untuk mendiagnos penyakit arteri koronari. Ia juga boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi sebenar dan keterukan CAD.
Imej angiografi dapat memperlihatkan dengan tepat tahap penyumbatan penyakit arteri. Angiogram juga dapat membantu doktor memilih rawatan yang sesuai bagi pesakit yang mengidapi serangan jantung (myocardial infection) atau angina. Rawatan ini mungkin mengandungi ubat-ubatan, belon angioplasti, stenting, artherectomy, rotablator atau pembedahan jantung (bypass).
Prosedur Arteri Kononari dan PTCA/stents banyak dilakukan di Pusat Perubatan HSC (lebih kurang 500 kes setiap tahun). Kebanyakan pesakit selalunya dirawat sebagai pesakit luar dan boleh balik pada hari yang sama selepas pemeriksaan. Hanya segelintir kes di mana pesakit dirawat sebagai pesakit dalam sekiranya bantuan klinikal diperlukan.
Pesakit diminta berpuasa selama enam hingga lapan jam sebelum prosedur dijalankan.Pengalaman di pusat perubatan kami menunjukkan kolerasi yang baik (80-90%) di antara MSCT koronari dan pengkateteran koronari.
Sebelum pesakit dapat disahkan mengalami penyumbatan di salur darah ke jantung, para doktor kardiologi akan memeriksa pesakit melalui kaedah ‘Angiogram’. Sejenis pewarna digunakan untuk dimasukkan ke dalam salur darah melalui pangkal peha dan saluran tersebut terus ke salur darah di jantung. Dengan cara memasukkan pewarna, para doktor akan dapat melihat bahagian salur darah yang mana tersumbat dan dibahagian mana perlukan rawatan memasukkan belon ataupun spring. Ada juga pesakit yang terus di rujukkan pada Doktor Pakar Kardiotorasik bilamana pesakit tersebut memerlukan rawatan pembedahan pintasan jantung.
Keadaan Terkini Ustaz Kazim
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment