Dapat Rumah PPR, `Kak Limah` Tak Kisah Persepsi Orang, Ini Komen Padu Dia Bagi

Pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah, Dalimawati memberitahu bahawa dia tidak pernah kisah dengan sebarang persepsi umum mengenai status artis yang mendiami kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR).

Sebaliknya, menurut Dalimawati, apa yang penting, impiannya untuk mempunyai kediaman sendiri sejak sekian lama sudah tercapai.

“Masa ada tawaran kerja, bolehlah bayar rumah harga beribu sebulan. Habis tu, kalau tak ada tawaran lagi, tambah-tambah artis veteran macam saya bukan selalu ada job.

“Daripada kita duduk melarat menumpang rumah orang, lebih baik terima peluang yang ada. Saya fikir macam itu sahajalah, tak kisahlah apa orang nak kata, janji saya tak menyusahkan orang minta bantuan,” katanya kepada Gempak.

Dalimawati ditemui sewaktu Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah PPR kepada 25 penggiat seni di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Katanya, dia ditawarkan sebuah unit kediaman PPR Sri Aman berkeluasan 650 kaki persegi di Kepong, Kuala Lumpur.

“Sekarang ini, saya menyewa bayar lebih RM1,000 di Puchong. Saya duduk dengan anak, menantu dan cucu. Tengoklah nanti macam mana kalau mereka nak ikut.

“Kalau dia rasa kecil ke apa, nanti ‘rumah’ di bawah tu (liang lahad)…tujuh kaki, lagi kecil,” katanya.

Dalimawati antara 25 penggiat seni yang menerima kediaman PPR menerusi insiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin.

“Inisiatif sebegini memang bagus. Maksudnya mereka prihatin dengan nasib artis veteran macam saya.

“Kena fikir panjang. Lepas ni, nak bayar bulanan rumah pun tak rasa terbeban dah,” katanya.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke
atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum
menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk
memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Dapat Rumah PPR, `Kak Limah` Tak Kisah Persepsi Orang, Ini Komen Padu Dia Bagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*