ZARINA ANJOULIE TAMPIL BUAT KENYATAAN TENTANG ISU VIRAL EIRA AZIERA DIKATAKAN KENA ‘MAKI’ DENGAN PEMILIK RESTOREN 35

‘Kenapa yang kaki viral viral ini kebanyakkannya founder produk, instafamous, influencer?’

Belum habis lagi kisah tentang seorang influencer/founder produk bernama Eira Aziera dengan Restoren 35. Video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini mengundang pelbagai kecaman dari netizen.

Pada awalnya ramai juga yang menyokong Eira Aziera kerana dia dikatakan dihalau keluar dari Restoren ketika sedang membuat LIVE Facebook. Tetapi tidak lama selepas itu netizen mula buka mata dan teliti video yang telah dirakamkan itu dan ternyata pemilik Restoren 35 bukanlah menghalau dan memaki Eira Aziera tetapi hanya menyuruh untuk berhenti buat LIVE dan tidak dibenarkan promote produk di Restoren beliau.

Sampai hari ini masih ada yang katakan Eira tidak salah dan ada yang kata Restoren 35 juga tidak salah tetapi ada yang cakap sebenarnya dua dua salah kerana dua dua kurang adab. Jika anda buat carian google atau carian Facebook terdapat pelbagai review negatif terhadap Restoren 35 tersebut. Kami tidak akan siarkan, anda cari lah sendiri.

Eira Aziera juga dikecam kerana cepat terasa hati dan lebih sedih apabila dia sebagai influencer yang mempunyai lebih dari 500 ribu pengikut di Facebook mengajak untuk memboikot Restoren tersebut.

Jadi siapa yang salah sebenarnya?

Zarina Anjoulie Tidak Puas Hati Kenapa Mesti Nak Viral

Anju memuat naik 1 video di instagram tentang isu Eira dan Restoren 35 dan jelas dia menyebelahi Restoren 35. Anju berkata kenapa mesti dia (Eira Aziera) buat review di restoren.

Anju beritahu bahawa Eira adalah ‘low class malay’. Sekiranya restoren tidak minta buat review atau tidak beri kebenaran janganlah kita buat review.

Zarina Anjoulie mengaku dia sendiri mulut pedas tetapi mestilah tahu adab. Pernah nampak selebriti lain seperti Neelofa atau Dato Siti Nurhaliza buat review begitu? Anju beritahu mereka yang terlibat dalam media seperti instafamous dan influencer memang akan mencari peluang untuk fame (viral) walaupun sekejap.

Zarina juga buat rujukan tentang isu viral seorang founder produk kecantikkan yang memaki pengawal keselamatan hanya kerana diminta memakai topeng muka (facemask).

Jom tengok video anju .. memang panas ..

https://www.instagram.com/tv/CFDq1zsDfSB/?utm_source=ig_embed&ig_mid=B1BD5FCF-7D3C-4A06-9B8B-68B8CD4AE9FB

Antara komen komen netizen ..

Sumber : Instagram Zarina Anjoulie

Lelaki Ini Ulang Semula Video Dan Edit Part Maki Tapi Bukan Dari Makcik Restoren Itu

kecoh 1 hari di media sosial tentang seorang influencer bernama Eira Aziera tentang sebuah video dimana dia telah dimarahi oleh pemilik sebuah restoren popular, Restoren 35 di Melaka kerana membuat LIVE di dalam kedai.

Video tersebut telah mendapat ratusan ribu jumlah tontonan dan ada yang mencecah lebih dari sejuta tontonan.

Menurut Eira dia telah dimaki pemilik Restoren tersebut dan sebab itu dia keluar restoren dan makan di restoren lain.

Di dalam video tersebut terdapat beberapa orang yang meninggalkan komen mengatakan Makcik Restoren tersebut tidak memaki hamun Eira. Disebabkan itu Eira meminta semua untuk melihat kembali video LIVE tersebut dan nilaikan sendiri.

Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan ini komen beliau.

Kawan² aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.

Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta netizen ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..

Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..

Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul. sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.

kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila ajal seseorang.

Video dibawah telah disunting.

Makcik Dah Tua, Tak Lama Dah Nak Mati?

Jadi siapa salah sebenarnya? Jika anda mengikuti kisah viral ini, ramai yang mengatakan dua dua salah dan dua dua tiada kesabaran dan kurang adab.

Jadi kisah ini sebagai ikhtibar untuk kita lebih menjaga pertuturan. Tidak kira dari negeri mana anda datang, perkara adab ini tiada kena mengena dengan negeri dan ianya atas diri sendiri sahaja.

Admin harap isu ini dapat selesai dan lebih baik jika mereka berdua berjumpa dan bermaaf maafan sahaja.

Sumber : Facebook Eryzal Edry

Artikel : AwattSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*