Lagi sekali Eira Bercucuran air mata mohon ampun, peguam dedah tindakan akak baju kuning takkan buat Eira senang duduk

BEBERAPA hari lalu media sosial ‘panas’ dengan video seorang usahawan wanita yang juga influencer yang mendakwa dihalau ketika membuat reviu di sebuah restoran popular di Melaka.

Menerusi video yang tular, jelas kedengaran suara pemilik restoran yang memberi teguran dengan suara yang kuat, melarang wanita berkenaan membuat reviu di premisnya.

Pagi ini Eira telah tampil dengan anaknya tampil dalam satu video permohonan maaf. Walaubagaimanapun, menurut peguam ini, tindakan sam4an dari Puan Suharnizan akan tetap di teruskan

Berikut perkongsian terkini dari peguam

Tindakan s4aman akan di teruskan

“Semalam saya mesej Puan Suharnizan, mngsa viral oleh seorang duta produk. Saya tawarkan untuk hulurkan bantuan secara mewakili kesnya di mahkamah.

“Keterlaluan sangat kata-kata makian terhadapnya. Kali ini, kita mesti ajar. Ajar untuk saman di mahkamah. Ajar untuk tuntut ganti rugi sebanyak mungkin. Ajar tentang adab dan budi bahasa. Ajar supaya lebih tahu merendah diri selepas ini.

Puan Suharnizan kerja di Pesuruhjaya Sumpah.Kenal ramai peguam

“Sewaktu saya mesej, saya semak juga profil Puan Suharnizan. Saya lihat antara profesion yang disenaraikan oleh Puan Suharnizan adalah Pesuruhjaya Sumpah.

“Pesuruhjaya Sumpah ini memang banyak berurusan dengan peguam. Pasti dia kenal mana-mana peguam yang dia selesa. Tambah pula profilnya ditulis di Johor. Saya pula di Gombak. Jauh. Barangkali tawaran saya akan ditolak.

“Tapi tak apa. Saya cuba juga. Saya mesej dan saya nyatakan hasrat untuk membantu dan mewakili kerana saya rasakan perbuatan body shaming dan menjatuhkan reputasi terhadapnya dan keluarga oleh pengasas produk itu teramat keterlaluan.

“Saya pantang lihat orang dibuli. Memang saya jadi marah. Pernah sekali dahulu, di mahkamah. Anak guam pihak lawan, perli-perli anak guam saya.

“Cakap sekuat mungkin dalam mahkamah. Dikatanya bodoh dan macam-macam lagi. Tetapi jaraknya dari jauh, konon-konon bersembang dengan seorang lagi kawan dihadapannya tetapi setiap perkataannya sangat tajam dan sengaja dikuatkan dan ditujukan kepada anak guam saya.

“Saya lihat peguamnya sendiri tidak minta, dia kawal dirinya dan bertindak secara profesional. Sebab kalau ada peguamnya sendiri, kita tidak boleh main langgar. Kena hormat. Biar peguamnya jalankan tugas. Biar peguamnya yang menasihati, anak guamnya.

“Saya sabar lagi. Masih buli lagi. Masih cakap lagi. Masih perli-perli. Dengan suara kuat, sengaja hendak beri satu mahkamah dengar. Saya tahu peguamnya sendiri tidak boleh kawal dia.

“Perbuatan membuli ini memang tidak patut. Saya jadi marah. Saya tidak boleh lihat depan mata saya. Saya sudah tidak peduli, sama ada peguamnya hendak nasihat atau tidak, terus saya menghampirinya.

“You ni memang ada masalah attitude ke? Masalah akhlak ke? Tak reti hormat orang ke? Yang you cakap kuat-kuat ni kenapa? Jangan too much. You dah cross the line ni!”

“Selepas sesi saya bising, terus diam. Tidak bercakap terus. Saya perasan kaki buli ini, mereka selalu cari orang yang kurang daripada mereka.

“Misalnya kurang lantang daripada mereka, kemudian mereka buli. Penakut sikit daripada mereka, kemudian mereka buli. Kurang kedudukan atau pangkat daripada mereka, kemudian mereka buli. Kalau jenis yang sama atau yang lebih hebat atau tinggi kedudukan dari mereka, mereka tak berani.

Bukan alasan untuk membuuli walapun kaya

“Jadi dalam kes Puan Suharnizan ini, memanglah duta itu lebih kaya, lebih popular dan lebih ramai pengikut tetapi ini bukan alasan untuk membuli.

Saya betul-betul hilang sabar. Rasa macam hendak pergi bantu segera. Tak sabar tunggu mesej saya dibalas oleh Puan Surhanizan.

Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya. Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.

Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata makian ini sejak bulan lepas lagi. Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka.

Peguam telah dilantik

Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam. Lawan jangan tak lawan.

Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team. Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

Oleh Nor Zabetha

Eira mula menyedari kesilapan dan mengeluarkan kenyataan ini

Assalamualaikum.

“Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shaming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

“Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak. Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Beri Kesan Kepada Ahli Keluarga, Suami

“Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

“Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah

“Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Wasalam. 15 September 2020

Peguam ‘angin’ tengok influencer hamun makcik, risau tindakan maki orang lain dianggap hebat – “Berhenti popularkan mereka ni”

Dalam video yang sama, wanita berkenaan yang ketika itu sedang membuat siaran live di Facebooknya, turut membuat komen balas selepas dia mengangkat kaki dari premis tersebut.

Video berkenaan mengundang perhatian warganet yang memberikan komen pelbagai, namun rata-ratanya mengecam wanita berkenaan kerana menggunakan perkataan kesat, selain didakwa sengaja mengaibkan pemilik restoran berkenaan.

Lebih hangat, video lamanya yang memaki seorang netizen dan melakukan ‘body shaming’ turut mengundang kecaman ramai.

Selepas insiden di restoran asam pedas, video lama wanita ini turut tular di mana dia dikecam kerana menggunakan perkataan berbaur makian.

Terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang sama, seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berpendapat tindakan wanita berkenaan sememangnya tidak wajar kerana menggunakan kata-kata kesat apatah lagi menyamakan netizen yang mengkritiknya dengan haiwan.

“Apabila menonton video kata-kata maki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin.

“Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata makian, hinaan, cercaan.

Mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Fahaman yang salah pada generasi muda. Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini.

“Disamakan dengan seekor babi, ditunjukkan gambar yang diviralkan beserta keluarga wanita itu. Dihina wanita itu sehina-hinanya. Saya cuba mesej peribadi mangsa untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran.

“Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat? Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan apabila makian dan carutan yang dihamburkan menjadi ikutan dan akhirnya menjadi satu normalisasi dalam masyarakat.

“Dek kerana ramai ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memaki hamun dan mencarut begini. Mereka rasa maki hamun itu hebat dan berani.

“Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menyumpah seranah, akhirnya dia dapat pelitup muka.

Nor Zabetha sering mengulas isu semasa dan isu berkaitan perundangan di Facebook.

“Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya.

“Mesej yang saya lihat di sini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Fahaman yang salah pada generasi muda. Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini,” katanya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 275 perkongsian dan ratusan komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran yang disuarakan peguam berkenaan.

Sumber Transformasi

1 Comment

  1. Makinhamun mmg dah makanan die hari2 agak nya,, sbb tu x kekok bila memaki hamun org lain…sifat panas baran yg memalukan diri sendiri, subur bila disulam dgn kata2 kesat yg melampau..bertaubat lah wahai perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*