Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Peminat Senyap2 Rekod Dan Tegur, Tak Sangka Ini Respon Beliau

Sering tampil dengan imej bad boy apabila mempersembahkan nyanyian rap dalam kebanyakan lagu kumpulan mereka, nama besar MK K-Clique tidak perlu diperkenalkan lagi. Bahkan kemunculannya dalam video muzik ‘Peluang Kedua’ bersama Nabila Razali tempoh lalu mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.

Ringkasnya, kelibat artis yang juga dikenali Hairiwhuut ini sentiasa saja mencuri perhatian penuh peminat khususnya anak-anak muda.

MK santai makan dekat warung tepi jalan…Tak sombong ditegur

Beberapa hari yang lalu, seorang pemuda dengan akaun TikTok @hafiz.syofian juga seakan-akan mendapat peluang keemasan apabila secara tak sengaja terserempak dengan rapper berkenaan di sebuah warung makanan tepi jalan.

Ditemani oleh beberapa orang individu lain di meja sama, dia kelihatan sedang berselera menjamu selera menggunakan tangan dengan tenang. Dalam keadaan selamba, Hafiz telah memanggil MK umpama menegur rakannya sendiri sebelum artis berkenaan menyedari namanya diseru seseorang. Tidak sombong apalagi berperangai ‘kekwat’, dia melemparkan senyuman manis seikhlas hati.

Artis bila dipanggil jarang nak mencari macam tu

Mereka berdua juga sempat bergambar berdekatan kedai makan tersebut. Mungkin reaksi yang ditunjukkan oleh MK nampak biasa sahaja, bukan? Akan tetapi, interaksinya bersama peminat telah meraih pujian ramai.

Video ini bukan sahaja mendapat lebih 1.6 juta tontonan, malahan mereka menyifatkan rapper berkenaan sangat humble meskipun sudah memperolehi populariti luar biasa kini.

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Tak kisah pun orang rekod dia tengan makan.

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Artis yang sangat Humble!

Terserempak MK K-Clique Makan Warung Biasa, Bila Ditegur Tak Sangka Ini Jadinya

Tak sangka MK ni memang sangat sporting dan humble orangnya. Makan kat gerai pun tiada masalah. Siap tidak kisah orang rekod dia tengah makan. Semoga maju jaya MK.

Sumber Pnews/Olahan semula

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*