MB Selangor tunjuk bakat jadi “rapper”, part goyang kepala memang betul2 menghayati

Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mencuri tumpuan wargamaya apabila menunjukkan bakat sebagai penyanyi rap dalam sebuah video muzik bersempena sambutan Hari Malaysia.

Menerusi laman sosial Twitter, video muzik lagu Standing In The Eyes Of The World itu tular selepas dikongsi ramai wargamaya.

Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, menunjukkan Amirudin beraksi di samping penyanyi asal lagu tersebut Ella, Lah Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) muda negeri Selangor.

Lagu yang telah diberikan nafas baru mengikut rentak moden itu disampai penuh pengertian oleh Amirudin diiringi Ella, Lah dan ADUN Selangor bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik masyarakat Malaysia.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji idea kreatif semua dan tidak menyangka MB Selangor serta ADUN lain mempunyai bakat menyanyi.

“Suka part MB selangor buat movement kepala, nampak betul-betul menjiwai lagu bhai,” komen seorang wargamaya.

“MB Selangor ni memang another level, KClique is shaking,” usik seorang wargamaya.

“Kalah Menteri Besar Perak ni, good one,” kata seorang wargamaya.

“Meremang bulu roma, bila part Ella masuk, MB masuk macam DAMN! Terima kasih untuk lagu ni, wajar standing in the eyes of the world,” tulis seorang wargamaya.

“Pergh MB Selangor memang rapper ke?” tanya seorang wargamaya

“Wow, itu sebab perlu pemimpin muda. Banyak tenaga dan idea,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan di laman Twitter.

Sumber Gempak

Be the first to comment on "MB Selangor tunjuk bakat jadi “rapper”, part goyang kepala memang betul2 menghayati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*