
TINDAKAN pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shahiezy Sam mempromosikan produk di Instagram mengundang kecaman netizen apabila dianggap berunsur luc4h dan menggunakan cara pemasaran murahan.
Sengaja guna foto “double meaning”
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, berkata mereka sememangnya sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud dan sudah menjangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai.
“Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi kalau berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut pada pandangan individu itu macam mana.
“Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kecaman) dan ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya.
Bad or Good marketing
“Tiada niat untuk buat sesuatu yang nampak luc4h. Tapi kalau dah netizen pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing, ” kata Syatilla kepada mStar.
Syatilla ditemui ketika majlis pelancaran produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada Rabu.
Pada majlis yang sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.
Dalam pada itu, pelakon drama popular Sha & Sha ini mengakui segala kritikan dan kecaman yang diterima sejak menceburi dunia seni menjadikan dirinya semakin kuat.
Syatilla dan suaminya, Shaheizy Sam.
“Saya ambil segala kecaman secara positif dan saya menjadi diri saya hari ini pun sebab orang kecam saya. Lagi orang bercakap fasal kita, Allah akan tolong sebab kita bukan buat sesuatu yang salah.
“Kalau orang tak kecam dan cakap buruk tentang saya, mungkin saya tak kuat macam sekarang. Lagipun, saya memang sejenis biarkan saja komen negatif tanpa membacanya.
“Tak pernah terlintas dalam fikiran atau hati saya nak terasa dengan komen negatif itu. Tak pernah memberi kesan kepada diri saya pun,” ujarnya.
Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy yang lahir pada 17 April tahun lalu.
Sumber mstar
Be the first to comment