Pernah buat majlis akikah tanpa kelibat suami, terkini Puteri Sarah ‘unfollow’ Syamsul Yusof dan didakwa ke pejabat agama, ini komen Puteri Sarah

DAKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Sebelum ini pada tahun lepas,

“Majlis untuk wanita sahaja” – Puteri Sarah jawab pertanyaan tidak nampak Syamsul pada majlis akikah anak keduanya

PERKONGSIAN pelakon Puteri Sarah Liyana sepanjang majlis akikah anak keduanya iaitu Sumayyah Mohd Shamsul yang berlangsung pada Ahad menarik perhatian peminat.

Ini berikutan suaminya yang juga pengarah filem dan pelakon iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan pada foto yang dimuat naik oleh wanita itu.

Ia mengundang komen seorang pengikut yang bertanyakan mengenai kehadiran pengarah filem Munafik tersebut.

“Bang Syamsul tidak kelihatan sis,” komen seorang pengikut di foto yang di muat naik di Instagram.

Menjawab pertanyaan pengikut itu, Puteri Sarah memberitahu majlis tersebut hanya dihadiri oleh wanita sahaja dan diuruskan oleh ibu serta bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Mereka sepakat membuat kelainan dengan mengundang tetamu wanita bagi majlis akikah untuk Sumayyah itu.

“Majlisnya wanita sahaja, terima kasih kepada mereka yang datang memeriahkan

“Terima kasih kepada ibu dan bapa mertua anjurkan majlis akikah Sumayyah, kali ini akikah kita buat lain sikit,” katanya.

Foto yang dikongsi di Instagram Puteri Sarah itu menerima lebih 50,000 tanda suka.

Puteri Sarah dan Sumayyah yang kini berusia lima bulan mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu sepanjang majlis tersebut.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Shamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac lalu.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*