Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut Tentang Kemelut Yang Melanda

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah terus mengunci mulut mengenai desas desus mengatakan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sedang bermasalah.

Ia susulan timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, buat dia dalam keadaan baik bersama dua anak.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat. Apa boleh dikatakan, saya okay bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuan sebenar hadir ke pejabat agama, Puteri Sarah memohon doa yang terbaik.

Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Harian Metro, semalam, melaporkan Syamsul enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang ‘personal’ dan harapnya dapatlah menghormati

“‘No comment’, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Kata2 netizen

Dah nak menjanda ke puleks

Kalau yg ni pun belum tentu ada offer 20 jota untuk jadi minik no 2..

Kalau betul suami sheols ada skandal mmg hati kering la..ank2 comey mcm tu blh ditinggalkn2..aku lak yg ralat.

Masing2 bagi statement macam masih sayang. Masing2 macam nk pertahankan lagi rumah tangga.Kalau boleh diselamatkan, tak payahlah bercerai.

Sumber mediabawang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut Tentang Kemelut Yang Melanda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*