Anwar umum majoriti kukuh, ‘kerajaan Muhyiddin jatuh’

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam, namun ditangguhkan selepas baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dengan sokongan, majoriti kukuh dan meyakinkan ini bermakna pada saat ini kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

‘Kerana mulut Muhyiddin, mungkin binasa undi PN, BN di Sabah’

Kini Muhyiddin Yassin melakukan perkara yang sama. Dia tidak berapa tahu akan geografi politik Sabah termasuk saikologi politik dan sosio ekonomi politik Sabah.

Bila Muhyiddin Yassin bercakap dua isu di dua tempat berbeza, nampak sangat dia menghadapi masalah ‘terlupa’. Dalam satu perjumpaan di meminta biarlah kerajaan negeri itu ada hubungan ‘intim’. Maksudnya macam laki bini. Intim di katil dan mesra di luar.

Tetapi di tempat lain, dia berkata pula ‘kerajaan persekutuan tidak akan membantu kewangan dan pembangunan di Sabah’ jika kerajaan negeri tidak selaras dengan kerajaan persekutuan.

Maka dengan kenyataan itu, 40 peratus pengundi atas pagar membuat keputusan tidak akan mengundi PN dan 20 peratus pengundi yang hendak menyokong PN dan juga BN berpaling tadah.

Maka di mana hujah PN akan menang? Masalah kerana mulutnya Muhyuddin Yasin pengundi Sabah bukan sahaja tidak akan mengundi Perikatan Nasional tetapi juga membawa tidak mengundi Barisan Nasional atau Umno. Maka calon-calon Barisan Nasional menjadi mangsa yang bukan kesilapannya.

Jangkaan saya parti Warisan 37 kerusi. PKR empat kerusi. DAP empat kerusi dan Amanah satu kerusi. Jumlah paling rendah 45 kerusi akan dimenangi oleh Warisan dan sekutunya. Selebih itu bagi-bagikan antara BN, PN, PBS, LDP.

Sumber Mskini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*