Asiah Jalil kata “Setiap kali Nabi mengahwini isteri baru, isteri-isteri sedia ada akan bermasam muka”

Sejak semalam tular gambar seorang wanita mengiringi ke majlis pernikahan suami sendiri.

Hantaran yang ditulis wanita terbabit, “Ke majlis sanding suamiku..” bersama beberapa keping gambar suaminya lengkap persalinan perkahwinan telah mencuri tumpuan ramai.

Mungkin sesetengah orang bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Siapa sangka, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, RosyiIah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian RosyiIah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

RosyiIah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Asiah Jalil kata toksahlah nak sanjung.. 

Namun ketika orang ramai memuji RosyiIah sebab wanita hebat seperti yang dikongsikan oleh sebuah laman Facebook, seorang peguam kntroversi berpandangan sebaliknya.

Menerusi satu hantaran, peguam dan aktivis dikenali, Asiah Abd Jalil berkongsi tangkap layar yang mengucapkan tahniah dan memuji RosyiIah.

Asiah turut mengulas perkara itu dengan meminta orang ramai tidak menyanjung RosyiIah.

” Isteri-isteri Nabi pun kalau diberi pilihan, tak nak hidup bermadu. Setiap kali Nabi mengahwini isteri baru, isteri-isteri sedia ada akan bermasam muka.

” Ironinya, Nabi menghar4mkan puteri baginda, Fatimah, daripada dimadukan oleh Saidina Ali.

” Walhal Nabi sendiri praktis poIigami. Sebab Nabi tahu, poIigami sangat melukakan hati seorang perempuan.

” So toksahlah nak sanjung perempuan-perempuan lembik yang terima poIigami sebagai jalan ke syurga.” tulis Asiah.

Terdahulu, RosyiIah memberitahu dia tidak pernah menghalang suaminya berpoIigami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Gambar RosyiIah yang juga jurumekap artis sambilan itu menemani suaminya ke majlis perkahwinan di lalu di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang yang tular di media sosial.

Madu adalah calon ke-8

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini.

” Saya tidak halang suami untuk berpoIigami lagi sebab suami hajat untuk berpoIigami selepas kami berkahwin.

” Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poIigami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Katanya, calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya.

” Semasa temuduga saya tengok reaksi suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian.

” Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu,” katanya.

RosyiIah berasal dari Alor Janggus, Alor Setar adalah ibu tunggal kepada dua anak perempuan mendirikan rumah tangga bersama Khubaib pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Suaminya itu pula mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan serta empat lelaki hasil perkahwinan pertama dan lapan anak tinggal bersama mereka, manakala anak bongsu Khubaib tinggal dengan bekas isteri pertama di Kelantan.

 

Sumber: FB Asiah Abd Jalil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment on "Asiah Jalil kata “Setiap kali Nabi mengahwini isteri baru, isteri-isteri sedia ada akan bermasam muka”"

  1. Terbaik jika kita memahami kehendak suami ….madu itu manis jika tahu menilai….kehebatan seorg wanita tiada siapa dpt menduga…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*