“Tweet” tular daripada Tan Sri Noor Hisham seolah bayangan PKP semula rupanya disebabkan jumlah kes baru mendadak naik sehingga 260 kes baru!

PKP akan dilaksanakan semula?

Kuala Lumpur: Ciapan balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang seolah-olah memberikan bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula kini tular di media sosial.

Dr Noor Hisham membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan supaya kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu dan tidak memberi kelonggaran kuarantin sendiri.

“Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah untuk seketika?” tulis Dr Noor Hisham.

Ciapan balas itu kini tular di media sosial apabila netizen mula memberi reaksi balas apabila merasakan PKP akan dilaksanakan semula.

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kembali kepada tiga angka sejak beberapa minggu ini susulan peningkatan kes di Sabah dan kepulangan ahli politik daripada berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketika ini hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan kes baharu.

Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media perkembangan situasi jangkitan Covid-19 pada 5.30 petang hari ini.

TERKINI: 260 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 259 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 260 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 260 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 11,484 kes secara keseluruhan.

KKM melaporkan bahawa terdapat 1 kes import sahaja pada hari ini. Sebanyak 259 kes merupakan kes tempatan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 47 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,014 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa tiada kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.

Sumber Hmetro/SK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*