“Hubungan cinta kami matang biarpun masih muda” – Shalma Eliana Dedah Hubungan Dengan Ismail Izzani

PENYANYI Shalma Eliana memberitahu hubungan yang dijalinkan bersama penyanyi Ismail Izzani adalah sebuah percintaan yang matang biarpun kedua-dua mereka masih muda.

Sharma, 20, berkata, apa yang dia dan kekasihnya itu cuba tunjukkan ialah umur bukan halangan untuk mereka serius dalam percintaan dan kerjaya.

“Kita orang memang nak tunjukkan dekat orang luar hubungan yang matang biarpun kami masih muda. Bukan semua orang yang berusia 20 tahun boleh ada relationship yang matang.

“Orang yang umur-umur kitaorang pun akan boleh rasa yang tiada masalah pun kalau kita nak berdating asalkan profesional dan matang.

Dalam pada itu, Shalma berkata, dia tidak kisah kehadirannya dalam industri hiburan sering dibayangi kekasihnya Ismail Izzani.

Bagaimanapun, dia berharap tanggapan sebegitu akan hilang selepas dia berjaya membuktikan bakatnya sendiri untuk berada dalam industri.

“Saya nak berkembang sama-sama, kalau kita serius, saya nak maju bersama dalam industri.

“Saya pun baru, apa saya nak belajar dalam muzik saya akan belajar dengan dia (Ismail Izzani) dan kawan-kawannya, ” ujarnya kepada mStar.

Shalma ditemui di set penggambaran Lelaki Lingkungan Cinta di IUKL, Bangi.

Dalam pada itu, Shalma akan tampil dengan lagu baharu berjudul Aroma yang akan dilancarkan sekitar Oktober ini.

Hubungan Ismail Izzani dan Shalma Eliana direstui keluarga

PENYANYI Ismail Izzani kini semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan mesra dengan pendatang baharu Shalma Eliana di laman sosialnya.

Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, perasaan sayang terhadap satu sama lain mula timbul sejak mereka berkata rapat.

Malah penyanyi lagu Cinta ini juga mendedahkan keluarga kedua-dua belah pihak sudah saling mengenali.

“Saya dah dia masih berkawan dan memang kami rapat sebab kongsi minat yang sama iaitu muzik. Sebenarnya keluarga saya dan keluarga dia pun sudah saling mengenali.

“Jadi, apa yang saya kongsi di Instagram itu adalah sesuatu perkara yang baik, dia pun masih baru dalam industri seni.

“Kita kalau dah rapat dengan seseorang sudah semestinya ada perasaan sayang. Apa yang saya boleh katakan, saya memang sayang dia,” kata Ismail kepada mStar.

Dalam pada itu, Ismail menyedari pasti ada pihak yang beranggapan Shalma cuba mendekatinya disebabkan ingin menumpang popularitinya.

Namun menurut Ismail, dia yang mengenali Shalma sejak berusia 14 tahun yakin penyanyi itu seorang yang baik dan tiada istilah ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Kalau kata dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu. Tapi, mengenalinya sejak dari tingkatan dua, dia bukan sebegitu.

“Kami dah lama kenal tapi sekarang ini baru betul-betul mengenali hati budi satu sama lain. Dia seorang yang baik, ikhlas dan sweet girl,” ujarnya.

Sedikit info mengenai Shalma,

Shalma Eliana mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi laman Instagram, dengan “cover” lagu tempatan dan antarabangsa yang menarik perhatian kerana suaranya yang merdu. Beliau dilamar syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada tahun 2018, dan pada tahun yang sama, muncul dengan single pertamanya, ‘Janji Terindah’, hasil ciptaan Malique Ibrahim dan Dedeq.

Pada tahun 2019, Shalma mempertaruhkan single keduanya, ‘Mahukah Kamu’, yang menampilkan artis hip hop terkenal Singapura Fariz Jabba, hasil ciptaan Alif. ‘Mahukah Kamu’ bertemakan perkasaan wanita, dan menceritakan kepentingan wanita mempertahankan maruah mereka dan menetapkan pendirian diri.

Shalma dipuji ramai apabila dilaporkan bahawa beliau telah ditimpa kemalangan jatuh dari balkoni yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan patah kaki di bahagian tumit sebelum penggambaran video muzik ‘Mahukah Kamu’, tapi tetap tabah meneruskan penggambaran demi menyiapkan video muzik tersebut.

Shalma Eliana juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu #jangankeluar, lagu hip hop yang dihasilkan oleh Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia supaya peka dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*