
Tular satu gambar menunjukkan satu permainan `team building` dimana agak janggal untuk seorang Muslim. Seorang lelaki mengangkat seorang wanita dan meletaknya dibahu dan tidak tahu hubungan mahramnya. Walaupun ianya hanya sekadar sekeping gambar namun boleh mendatangkan fitnah besar kepada yang melihatnya.
Gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook telah mengundang kecaman orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan permainan itu kerana bertentangan dengan norma seorang Muslim, lebih-lebih lagi pada musim penyakit covid-19 ini. Apabila melihat kepada gambar memang segala SOP tidak dipatuhi. Bersentuhan dan jarak juga tidak dijaga.
Yer ni permainan coway anjurkan untuk staff2., katanya team building., dgn laki aku kena dukung2 perempuan mcm ni., dah xde idea ke apa buat permainan mcm ni., yg masing2 dah ada suami isteri main permainan ni., mana perginya batas lelaki dan perempuan dlm Islam., lagi2 yg pemainnya pon dah berkahwin., xde otak ke? aku sebagai isteri tgk benda mcm ni korang rasa patut ke permainan ni dianjurkan., berlambak lagi permainan yg bole dibuat main., note ekk semua dlm ni semua dah berkahwin., BODOH
Ini ialah gambar yang dikongsi. Cuba anda lihat dan nilai sendiri adakah patut diadakan aktiviti seperti ini? Bukan niat untuk menghentam tetapi sebagai seorang Muslim yang waras akal fikiran, yang mana sudah bersuami atau beristeri sepatutnya boleh berpikiran lebih jauh.
Berikut komen-komen netizen,
Malunya tgk.. Pilihan kat tgn kita nk or xnak.. Msg2 dh tua blh pk – Nyusna Sharida Nyusoff
Dobo….padan dgn yg main pun xkan x fikir…dah tau yg anjurkan dobo….semua sekali ikut bangang abadi – Nadia Hafiz
yg setuju main pun bodoh . xada otak . Agak2 laa company buat gitu ikut sangatttt. Baik g mamp**s – Annur Hidayah
Game ni blh cecah lantai tapi mesti dlm kertas kn?Kertas tu blh d koyak lawan arah lps tu bukakan jadi bulatan and semua blh masuk dlm tu tanpa dukung² pn gaisss?Mungkin pompuan dlm tu kurang kena dukung masa kecil² – NurulHusnina Mahrup
dah xde mulut ke masing2.. yg ada mcm rela hati je buat semua tu. lps ni ‘coway… pakar tapis otak anda..’ – Sis Safura
ak cuba husnozon..laki bni kerja coway..yg bwh tu tu geng2 suami yg atas geng2 bini..mashaAllah ..baiknya saya. – Najwa Aqilah
Benda boleh protest nape ikut je. Bukan ada pistol kat dahi. Yg pompuan pun x malu berpeluk mcm tu demi hadiah. Boleh kaya ke bagi org rasa body cam tu. Bukan aku x pernah pegi team building. Part game macam ni, kami ahli pompuan rela kalah bagi lelaki je teruskan game ni. This is pundek. – Amelia Zainuddin
Pergh kalau aku mmg tak la, aku tarik dah laki aku. Laki yg bertanggungjawap dan berakal pun boleh fikir apa perasaan bini. – Aishah Arifin
ayat akak nie”dengan laki aku kena dukung perempuan2 macam nie”.. laki akak pulak mcm mna ye???.. benda boleh elak… boleh tolak.. knp x elak.. kenapa x tolak ye? heran juge..masing2 da dikurniakan akal tuk berfikir… baik laki akak mahupun bini2 orang tu semua..yg nmpk kat sini masing2 x berakal bab berdukung2 nie.. semua pikir nk SERONOK aje.. – Nor Hafizah
wahai pra suami yg melihat istri kamu dalam permaianan ini sila jatuhkan talak tiga kawin lagi banyak lagi gadis2yg belum menikah. – Saleh Arfan
Puan…permainan cmni rasanya kalau laki puan tolak sekerasnya bnda ni xkn berlaku..masyaallah..mintak jauhla perangai mcmni..xreti malu ke yg perempuan naik atas lelaki mcmni..mana sifat malu dlm diri.tp mcmni la perangai suami belakang isteri kalau nk tau – Aishah Ibrahim
Astaghfirullahalazim…Nauzubillahminzalik. Benda boleh tolak tak nak buat. Sebab tu pentingnya iman…ingat Allah dulu fikir halal dan haram.Bukan layan je apa yang manusia suruh. Ni namanya nafsu nak target konon team building sangat…Semoga Allah ampunkan kita semua. – Jueaida Msyed
Tinjauan terkini di laman facebook mendapati posting tersebut telah dipadam dan pengguna facebook tersebut mengatakan pihak Coway telah meminta maaf.
Assalamualaikum
Selepas posting sya menjadi viral.Pihak coway pon sudah sedar akan kesilapan mereka dengan meminta maaf secara personal dengan saya dan berjanji tidak akan menganjurkan permainan sedemikian lagi yang boleh menggugat sensitiviti.Saya juga dengan rendah diri mohon maaf pada pihak coway kerana bertindak untuk viralkan perkara demikian.
Jujur dari hati hanya ingin membuka mata hati pihak yang berkenaan serta orang orang bawahan coway supaya menilai dan mengambil berat dalam setiap program dan perkara yang nak dianjurkan.Sifat sensitiviti tu perlu ada dalam diri semua orang, tak kira kita ni orang atasan atau kuli semata.Saya mewakili isteri dan suami yang memendam rasa kesedigan dan kecurigaan mereka terhadap pasangan mereka.
Sya mohon ampun dan maaf sekali lagi kepada pihak coway atas perkara yang dh terjadi, saya harap perkara ini tak berlaku lagi dalam institusi coway ini.
Saya harap juga pihak atau netizen yang membaca ini berhenti memviralkan post ini kerana matlamat sya pon sudah tercapai. Dan ini saya anggap tugas saya sudah selesai untuk membendung perkara sebegini terjadi.Tulus ikhlas.
Artikel Olahan RJ
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment