Tahniah!! Fazura Telah Selamat Bersalin, Ini Jantina Anak Yang Lahir Dan Akan Buat Sesuatu Selepas 7 Hari




Fazura hari ini membuat pengumuman di laman Instagrammnya bahawa beliau selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat.

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.

Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.

Salam sayang dari kami bertiga.

https://www.instagram.com/p/CF1OWVclAYi/?utm_source=ig_embed

Beliau yang baru menyambut hari jadi semalam bakal membuat pengumuman nama dan wajah bayinya selepas 7 hari kelahiran.

https://www.instagram.com/p/CFwcDUyMNab/?utm_source=ig_embed

Fazura Aktif Semasa Mengandung, Fatah terkena tempias Fazura..

“Kalau terlalu fikirkan sangat yang kita hamil, maknanya kita kalah. Tak mahulah manjakan diri sangat.

“Tetapi saya ikut keadaan bayi dalam kandungan. Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat. Jika dia okay, maknanya dia suka ibunya aktif,” katanya sambil tertawa.

Dijangka bakal melahirkan zuriat, Oktober ini, pelakon filem Dendam Pontianak ini berkata, seboleh mungkin, dia cuba menyelesaikan semua kerja yang dirancang lebih awal sebelum bercuti panjang.

“Tahun ini, jadual saya sudah disusun lebih awal. Antara projek yang sudah dirancang adalah melancarkan produk kecantikan, rakaman lagu baharu dan video muzik. Saya juga ada merakamkan sebuah single ciptaan Ezra Kong.

“Sempena kemunculan lagu itu, syarikat rakaman menyarankan saya menghasilkan video muzik sebelum bersalin. Lagu itu bakal dilancarkan bulan depan. Kalau hendak tunggu selepas bersalin, mungkin akan mengambil masa yang agak lama,” ujar isteri kepada aktor Fatah Amin ini.

Bercerita pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Fazura berkongsi kisah suami terkena tempias isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan.

“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka.

“Sebaliknya, orang yang mengidam adalah Fattah. Tetapi Fattah sebenarnya tidak sedar dia mengidam.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap .

“Apabila saya beritahu dia sebenarnya mengidam, Fattah tidak mengaku dan berasa pelik. Hakikatnya, memang dia mengidam tetapi tidak sedar,” kata pemegang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini pada majlis Tea Party With Fazura dan pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Sumber airnws

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*