Ismail Sabri umum mengenai PKP dan punca kes covid adakah sebab ahli politik

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak akan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun menguatkuasakan larangan merentas negeri mahupun daerah buat masa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada keperluan lagi untuk perintah itu dilaksana mengambil kira situasi semasa Covid-19.

“Semalam 287 kes baharu direkodkan, hari ini mungkin tambah lagi tapi 113 kes di Sabah itu, 35 daripadanya daripada Kluster Benteng dalam penjara.

“Sebanyak 129 di Kedah pula, 128 kes di dalam penjara, manakala kalau tengok di seluruh negara, di negeri-negeri lain hanya Selangor sahaja 31 kes dan itu belum sampai zon merah iaitu 40 kes.

“Jadi belum ada keperluan lagi untuk laksana PKP mahupun larangan merentas negeri,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas MKN berkenaan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Kes COVID-19 melambung sebab ahli politik?

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa penularan COVID-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini berpunca daripada ahli politik yang pulang dari Sabah adalah tidak tepat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perangkaan semasa menunjukkan hanya 132 daripada lebih 13,000 individu yang disaring didapati positif, selepas pulang dari Sabah.

Selepas semakan, beliau berkata, semua individu positif jangkitan wabak itu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tujuan berkunjung ke Sabah.

“Mereka ini (individu yang positif COVID-19) bercampur-campur, termasuk orang politik yang kita tak nafikan ada didapati positif selepas kembali dari Sabah.

“Bagaimanapun, ada juga dalam kumpulan yang positif ini terdiri daripada pelancong dan ahli perniagaan, masing-masing dengan urusan atau tugas rasmi tersendiri.

“Jadi, bukan orang politik semata yang didapati positif jangkitan COVID-19 selepas kembali dari Sabah,” katanya pada sidang media khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Putrajaya, hari ini.

Sumber hmetro/bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*