Salam Takziah Zizan Razak, kehilangan insan tersayang untuk selamanya

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 36, kehilangan nenek tercinta, Zainoon Abdullah yang meninggal dunia di Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi, hari ini.

Menerusi entrinya di Instagram, Zizan meminta doa daripada semua untuk disedekahkan kepada arwah.

“Al-Fatihah buat Zainoon Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 11.57 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Awal pagi tadi, pelakon Polis Evo terbabit sempat memuat naik fotonya melawat neneknya di hospital sebelum pulang ke Kuala Lumpur (KL).

“Wan, adik balik KL ya wan. Adik kena balik sebab penggambaran. Nanti, adik balik Dungun lagi jumpa Wan ok. Wan kena kuat sampai sihat. Saya sayang wan,” katanya.

Awal September lalu, Zizan bersama keluarga bergegas balik ke Dungun selepas mendapat tahu neneknya itu jatuh sakit. Keadaan arwah ketika itu masih stabil menurutnya.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapi neneknya.

Sebelum ini Zizan memang ada berkongsi mengenai arwah neneknya yang sakit dan dia berulang alik ke Dungun untuk menjenguk dan menjaga neneknya.

Semoga Zizan tabah menghadapinya.

Sumber Hmetro

Be the first to comment on "Salam Takziah Zizan Razak, kehilangan insan tersayang untuk selamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*