
Guna artis ‘cuci’ duit haram: SPRM sudah ada nama, sila tampil sebelum dipanggil
Kuala Lumpur: “Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata demikian berhubung berapa ramai selebriti dan ahli perniagaan yang berada dalam radar agensi terbabit susulan terbongkarnya kegiatan ‘cuci’ duit haram diperolehi daripada sindiket penipuan Macau Scam serta judi dalam talian membabitkan golongan itu.
Azam mendedahkan sindiket terbabit menyerahkan wang dalam bentuk tunai kepada individu terbabit untuk ‘dicuci’ menerusi operasi perniagaan sah.
“Dalam kes sebegini, ada juga sindiket yang bertindak sebagai peminjam seperti along kepada individu berkenaan. Dari segi luaran, perniagaan itu mungkin nampak ia adalah sah melalui perolehan perniagaan tetapi ia adalah sebaliknya,” katanya dalam temu bual secara langsung pada slot ‘SPRM 360’ di MACCfm.
Sehubungan itu, SPRM meminta individu yang pernah menerima wang daripada mereka yang ditahan agensi terbabit tampil memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
Azam berkata, pihaknya mempunyai senarai individu yang dipercayai dengan kegiatan itu.
“Mereka yang mungkin pernah menerima (dana) daripada individu yang ditahan itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil.
“Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebaliknya tampil beri kerjasama kepada kami dan kami akan melayan mereka dengan baik,” katanya.
Beliau berkata, siasatan rumit dan beliau berharap orang ramai bersabar kerana SPRM masih lagi mengesan banyak aset yang dipercayai sudah digubah.
“Dalam siasatan ini didapati beratus-ratus syarikat ‘dummy’ yang sengaja diwujudkan untuk menyalurkan wang haram ini,” katanya.
Menurutnya, seramai lapan pegawai kerajaan dari agensi penguat kuasa sudah ditahan dan sedang disiasat kerana disyaki memberi perlindungan kepada mereka yang terbabit dalam kegiatan ini.
Guna artis cuci duit haram, 2 pegawai kanan polis ditahan (Macau Scam)
“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,” katanya pada sidang media, di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Terdahulu, Acryl merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule.
Acryl berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman berhubung tohmahan yang didakwa sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.
“Siasatan dalaman ini akan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) jadi kita tunggu dulu,” katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan taktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.
Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.
Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk ditahan. HM
Sumber Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment