Kena kutukk sebab ‘english’ berterabur ketika temubual bersama media antarabangsa, individu ini tampil pertahankan Safawi

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti meninggalkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).Skuad Harimau Selatan telah menerima tawaran daripada kelab Liga Portugal, Portimonense SC untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Perkara itu disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman Facebook Johor Southern Tigers.Menurut Prest, kelab itu sedia melepaskannya kerana percaya tawaran berkenaan baik buat untuk JDT dan Safawi.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu untuk mengembangkan kariernya di luar negara.

Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.

Dalam sesi temuramah yang diadakan dalam bahasa English, Safawi kelihatan seperti kekok sedikit, namun masih boleh jawab semua soalan dengan baik. Mungkin perasaan gentar tidak biasa ditemuramah oleh media asing. Terdapat beberapa mulut orang ramai yang persoalkan bahasa English Safawi mengatakan dia harus menguasai bahasa antarbangsa itu.

Seorang individu tampil pertahankan Safawi Rasid dan ini kata-katanya, “Temubual pertama Safawi di Portugal.Yang mana niat nak kutuk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview. Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je barai.Yang penting kompiden @safawi37”.

Sememangnya penguasaan bahasa English bukanlah terlalu penting buat Safawi kerana dia pemain bola sepak bukannya ahli perniagaan antarabangsa. Apa-apapun, terbaik Safawi Rasid.

President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan serangan memandangkan bintang Johor Darul Ta’zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya dalam sidang akhbar yang dimuat naik menerusi laman sesawang kelab portimonensept.

 

Sumber: Twitter SukanStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kena kutukk sebab ‘english’ berterabur ketika temubual bersama media antarabangsa, individu ini tampil pertahankan Safawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*