
Kuala Lumpur: “Pulang ke kampung bahaya, kita tidak pasti sama ada kita pembawa virus.
“Sepatutnya kita melindungi orang tua di kampung kerana usia mereka lebih terkesan dengan jangkitan,” itu peringatan diberi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau memberi reaksi itu sebagai peringatan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor supaya tidak melakukan pergerakan rentas daerah dan negeri sebelum arahan itu dikuatkuasakan tengah malam ini.
Dr Noor Hisham turut menggesa masyarakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu.
“Kalau terpaksa keluar, pastikan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal kerana amalan itu dapat memutuskan jangkitan penularan antara 82 hingga 85 peratus,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh dilaksanakan semasa tempoh PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Bagaimanapun, katanya, PKPD hanya akan membabitkan lokaliti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.
“Kita akan kenal pasti sesuatu lokaliti yang ada peningkatan kes. Kaedah kita adalah bersasar kepada lokaliti tertentu.
“Walaupun dalam tempoh PKPB, kita juga boleh melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan untuk kita kawal dan saring semua yang berada di lokaliti itu termasuk bukan warganegara.
“Kita akan menggunakan kaedah pengesanan kes dan kontak rapat. Individu yang positif akan diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” katanya dalam sidang media secara virtual hari ini.
Plaza To Jalan Duta ke utara sesak teruk, ramai yang marah sebab takut wabak covid kena pada orang tua di kampung
Tinjauan di Plaza Tol Jalan Duta banyak kenderaan yang didapati meninggalkan Lembah Klang menuju ke utara.
Tular video yang menunjukkan kenderaan bersesak keluar daripada kotaraya dipercayai untuk mengelak PKPB yang bakal dilaksanakan tengah malam ini. Tindakan ini sangat mementingkan diri kerana tujuan PKPB itu sendiri adalah untuk mengekang wabak daripada terus menular.
Jika ramai yang keluar kota seperti dalam video di bawah, objektif PKPB memang telah tersasar.
Suasana trafik petang tadi di Lebuh raya Utara – Selatan yang bergerak perlahan menuju ke arah selatan selepas Plaza Tol Sungai Besi.
Ini komen netizen yang rata-rata marah dengan tindakan warga kota.
Arif Abdul Manap : Masih x bljr lg ke rakyat Msia? Nnt Sgor dah okay, negeri2 lain pulak kes covid naik. ?
Aiman Amer: Objektif pkpb membendung individu yg ada dlm kawasan zon merah daripada keluar kawasan tapi tu la hmmm
Salina Yusoff: Aduhai….pkpb sepatutnya yg luar xleh masuk…yg dlm xleh keluar…br blh sekat jangkitan
Rafidah Repahie: Sama je lah dia orang yg berpusu2 nak hantar cov balik kg dengan orang politic… x de beza nya… kenapa lah orang politik hari tu x bawak dia orang ni sekali masa berkempen kat sabah hari tu.. kan senang …
Ai Aurora: Mcm mne la nk kurg kes covid klu cmne…sni clear…sne plk Naik…sne clear situ plk Naik…ate smpai bl oittt…2minggu j kot…relax sudh…bkn xle kua p kedai bl brg mkn…adoittt….xfhm sggh r
Mohd Shaharudin Husin: Eloklah buat road block jalan masuk ke daerah lain, suruh mereka ni patah balik
Syafiq Malek: bln 4 tu hari, buat cmni, pstu ni ulang lagi, ape lah otak org bndr fikir ea, x de akal ke ?
Sepatutnya warga kota tidak perlu pulang ke kampung bagi mengelakkan penularan covid19 kepada orang yang lebih berusia.
Olahan RJ/Video Bernama
Be the first to comment