Kntoi Datuk Seri Macau Scam lompat pagar dengan bantuan 2 orang sebelum menaiki Myvi

Bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sumber SPRM berkata, pada 11 Oktober lalu, sembilan suspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Sumber itu berkata, apabila tiba di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama.

“Ini menyebabkan kesemua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli keluarga suspek juga hadir untuk proses jaminan.

Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

“Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

“Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspek ditangkap semula polis.

“Walau bagaimana pun salah seorang seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguam beliau, “katanya.

Menurutnya, suspek terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

“Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek terbabit sudah melarikan diri.

“Hasil semakan CCTV mendapati suspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).

“Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.

BAGAIMANA BOLEH HLANG

Kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya.

Malah, timbul tanda tanya adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.

Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan di media sosial.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.

“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?

Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?

“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.

Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.

“Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?

Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.

Kita berdepan kes pen1puan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

Isnin lalu, suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes pen1puan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan jvdi dalam talian dan pen1puan Macau Scam.

Sumber Mysumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*