Pemandu Myvi telah dijatuhkan hukuman, tak sangka tunang dia juga kena hukum

Johor Bahru: “Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa,” kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi.Nur Fatin, 23, yang juga pemandu Perodua Myvi menyebabkan kem4ti4n seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sabtu lalu, menyatakan demikian dengan linangan air mata ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh kemudian dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh d4d4h.

“Saya mengaku salah dan sangat menyesal atas perbuatan saya.Saya memohon maaf dan ampun daripada keluarga mangsa kerana menyebabkan kejadian ini,” katanya.

Nur Fatin dituduh dia memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kem4ti4n anggota TLDM, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, Sabtu lalu.

Namun, ayah mentua kepada Allahyarham Mohd Rizal yang yang duduk di galeri awam dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya.

Beliau turut menyatakan tidak akan memaafkan Nur Fatin, ketika wanita berkenaan sedang membuat rayuannya.

Ibu Nur Fatin yang turut hadir bersama abang dan kakaknya turut dilihat mengalirkan air mata sambil mengurut dada dan menyebut ‘Allahuakbar’ ketika mendengar rayuan anaknya itu.

Terdahulu, Nur Fatin yang memakai jaket berwarna hitam tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada 8.40 pagi dan dilihat disorong dengan kerusi roda diiringi anggota polis trafik pengiring.

Sabtu lalu, polis dilaporkan menahan pemandu Perodua Myvi berkenaan selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, hingga menyebabkan Mohd Rizal m4ut.

Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial sejak Sabtu lalu menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.

Sementara itu ini yang terjadi kepada tunang pemandu Myvi

JOHOR BAHRU – Seorang operator kilang didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membenarkan tunangnya memandu kereta tanpa lesen sehingga menyebabkan kemalangan maut Sabtu lalu.

Tertuduh, Nuraiman Fathi Mohd Zukki, 23, turut didenda RM1,800 atas kesalahan cukai kenderaan tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans.

Majistret Suhaila Shafi’uddin memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama setahun serta penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Nuraiman dituduh membenarkan tunangnya, Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah memandu kereta Perodua Myvi miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lampu isyarat Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini pada jam 8.26 pagi, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan kedua, dia didakwa membenarkan tunangnya memandu kereta miliknya yang telah tamat tempoh cukai jalan di tempat dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Nuraiman dituduh membenarkan tunangnya memandu kereta miliknya yang tidak ada perlindungan insuran seperti yang dikehendaki di bawah Bahagian IV APJ 1987 (Akta 333/87) di tempat dan masa yang sama.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Pada Sabtu lalu, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut selepas terbabit dalam nahas kemalangan membabitkan tiga kereta di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi berhampiran Plaza Pelangi.

Kredit:HMetroOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*