Terkini! Tarikh bayaran BPN 2.0 telah diumumkan, ini kenyataan Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.

Menurut menterinya, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif BPN 2.0 yang secara keseluruhannya bernilai RM 7 bilion disalurkan melalui dua fasa pembayaran iaitu Oktober dan Januari 2021.

Laporan Laksana ke-12: 10.24 juta terima BPN setakat 6 Julai | Astro Awani

Bagi fasa pertama, pembayaran akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat mulai 26 Oktober ini.

Pecahan fasa pertama pembayaran berjumlah RM 4.8 bilion adalah seperti berikut:

Manakala penerima sedia ada akan menerima bayaran mengikut kelayakan seperti berikut:

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober sehingga 31 Disember.

Manakala penerima BPN di Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bantuan pada tarikh yang sama seperti mana penerima di Semenanjung. Bagaimanapun, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan dibuat secara sekaligus bermula Januari 2021 dengan lokasi pembayaran akan diumumkan kelak.

Selain itu, permohonan baru BPN 2.0 akan dibuka bermula 15 Oktober hingga 15 November. Bagi mereka permohonannya diluluskan, bayaran akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2021.

Image

Image

 

Sumber: Siakap Keli, Kementerian Kewangan, Twitter Tengku Zafrul

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Terkini! Tarikh bayaran BPN 2.0 telah diumumkan, ini kenyataan Tengku Zafrul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*