Ramai Ngadu Tak Dapat BPN Yang Akan Disalur Mulai 26 Okt. Rupanya Ni Cara Permohonan Bagi Mereka Yang Tak Dapat..

Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada daripada kategori isi rumah dan individu bujang secara berperingkat bermula 26 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima melibatkan 3.7 juta isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000.

Bayaran itu akan dibuat dalam dua ansuran iaitu sebanyak RM700 pada hujung Oktober dan RM300 pada Januari 2021.

Kumpulan kedua membabitkan 3.8 juta kumpulan B40 bujang pula akan menerima RM500 melibatkan dua ansuran pembayaran sebanyak RM350 pada Oktober 2020 dan RM150 pada Januari 2021.

Kumpulan ketiga pula melibatkan 1.4 juta isi rumah M40 yang akan menerima RM600 dengan dua bayaran ansuran iaitu RM400 pada Oktober 2020 dan RM200 pada Januari 2021.

Bagi 1.7 juta kumpulan M40 bujang pula akan menerima RM300 yang akan melibatkan dua ansuran iaitu RM200 pada Oktober 2020 dan RM100 pada Januari 2021.

Kesemua bayaran itu akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah pangkalan data BPN, menurut kenyataan itu.

Cara Permohonan Baru

Sementara itu, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata permohonan baru BPN 2.0 dibuka mulai 15 Okt hingga 15 Nov ini, bagi membantu kumpulan mereka yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan mudah terjejas baru yang layak memohon akibat perubahan terhadap status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19.
Beliau berkata untuk memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan ke atas permohonan baru akan dibuat dengan segera dan bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekali gus pada Januari 2021.

“Pemohon baru BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BPN, https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Bank Simpanan Nasional bagi membolehkan penyampaian BPN 2.0 ini dilaksanakan dengan lancar untuk kemudahan rakyat.

“Saya juga ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan ‘scammer’ yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN 2.0. Penerima disaran merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak tidak dikenali,” katanya.

Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat dalam talian
SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat melalui dalam talian terutama bagi pemohon yang berada di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan saranan berkenaan dibuat bagi memastikan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19) dapat diputuskan.

“Sebarang pertanyaan bagi permohonan baharu BPN 2.0, pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/.

“Permohonan baharu boleh dibuat mula 15 Oktober sehingga 15 November 2020 dan penerima BPN tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line dan HASiL Live Chat serta borang maklum balas di portal rasmi LHDN.

– Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*