
Salam admin. Saya nak berkongsi cerita utk followers page ni untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Confession ini agak panjang namun saya harap sudilah admin approve confession saya ini.
Saya mengenali H pada pertengahan tahun 1999, di mana kami adalah classmate di satu kolej. H muda dari saya 2 tahun, kerana dia lepas SPM terus masuk ke kolej tersebut, tapi saya masuk awal setahun sebab sebelum tu saya ambil sijil sebelum melanjutkan diploma.
Persahabatan kami macam biasa, kadang2 buat group assignment sama2. Kebetulan masa tu saya sudah ada BF yg sudah 4 tahun bersama (kami couple since form 3). Sikap H agak annoying (pada pandangan mata saya dan classmate lain). Maybe sebab dia ada rupa dan anak cikgu (pada zaman tu anak cikgu adalah anak orang berada).
Dijadikan cerita, kami agak rapat pada penghujung Semester 1. Saya agak senang bekerjasama dgn H bila berbual dan menyiapkan assignment bersama2. Selepas habis exam, kami dan rakan2 sekelas buat BBQ tepi pantai berhampiran kolej. Dari situ kami mulai mesra dan banyak ambil gambar bersama2.
Bila tiba cuti semester, saya mula rasa sesuatu. Adakah saya mula merindui dia? Kebetulan waktu itu hubungan saya dgn BF saya agak goyah kerana saya mula dapat menghidu kecurangan dia melalui email2 dan surat yg tidak berbalas.
Masuk Semester 2, persahabatan saya dan H semakin rapat. Dan sekali lagi masih bekerjasama dalam group assignment. Pagi2 breakfast sama2 sebelum masuk kelas, tengahari atau petang akan lepak di gerai dalam kampus sambil berborak. Malah kami join badan beruniform yg sama, join perkhemahan bersama2, keluar ke bandar bersama2 tapi tak pernah berdua, ramai2 dgn kawan2.
Manakala perhubungan saya dan BF berakhir dan semestinya saya bersedih, kerana saya cuba mempertahankan hubungan yang masuk tahun ke 5 tapi tiada kesungguhan dari pihak sana. H mengetahui perpisahan kami, dan cuba menceriakan saya dgn jenaka2 sewaktu kami keluar utk buat group assignment. Dia ada menyatakan, “Tak usah bersedih, kalau dia tak menghargai awak, ada orang lain yg menghargai awak..”
Dari hari tersebut, saya menyedari H memandang saya dgn pandangan yg ‘lain’. Cara dia berbual dgn saya, kata ganti nama bertukar. Jika awal2 dulu dia memanggil saya dgn panggilan “kak” kerana jarak umur kami, tapi kini dia memanggil saya dgn nama sahaja. Kemudian kami cuti pertengahan semester selama seminggu. H menghantar saya balik di stesyen bas di bandar. Dan berjanji akan menunggu saya di situ selepas cuti berakhir.
Hampir tiap2 malam H menghubungi saya melalui telefon. Pada waktu itu, kami tiada handfon. Hanya telefon rumah yang jadi penghubung. Macam2 yg kami borakkan, berjam2. Saya sedar saya mula merindui H. Saya mula perasan sikapnya tak annoying macam dulu. Ada kelembutan dalam berbicara. Dia pandai membuai hati saya dgn kata2 dan sikapnya yg agak romantis, walaupun pada waktu itu kami masih lagi berkawan.
Seperti yg dijanjikan, dia menunggu saya di stesyen bas. Tak dapat saya gambarkan, betapa rindunya saya pada dia walaupun hanya seminggu terpisah. Kami pulang ke kolej bersama2. Oh ye, untuk pengetahuan, kami duduk di hostel yang sama. Blok kami berhadapan, hanya terpisah dengan dewan makan di tengah2. Bilik H tak menghadap blok saya. Tapi dia selalu lepak di bilik kawannya yg berhadapan bilik saya.
Kadang2 dia menjerit memanggil nama saya dengan harapan saya keluar ke balkoni bilik. Malam2 dia akan lepak menyanyi sambil kawan main gitar. Kadang2 dia jerit nama saya dari bawah. Rupanya dia keluar dan belikan makanan untuk saya, dan suruh saya turun ambil kat koridor bawah.
Banyak lagi ‘sweet things’ yang dia lakukan untuk tarik perhatian saya. Dalam kelas, kadang2 saya rasa diperhatikan. Bila saya toleh, dia sedang merenung saya dgn pandangan yg romantis. Tak keruan hati ini dibuatnya. Kadang2 dia menyelitkan nota dalam buku saya, yang membuatkan saya tersenyum sendiri.
Saya akui hati saya dah jatuh padanya, tapi saya cuba menafikan kerana saya masih luka dgn perpisahan bersama ex BF saya. Sehinggalah pada suatu malam, sewaktu itu saya balik rumah pada weekend. Sewaktu itu bulan puasa. H menelefon saya dan meluahkan perasaannya pada saya. Dia nak kami ke hubungan yg lebih dari kawan. Dia berjanji akan membahagiakan saya dan menyayangi saya sepenuh hati.
Dia juga akan berusaha untuk memastikan hubungan kami hingga ke jinjang pelamin. Sudah tentulah saya gembira dengan pengakuan dia. Meskipun saya hanya biasa2, tua 2 tahun dari dia, tapi dia tetap memilih saya meskipun ramai lagi classmate kami atau gadis2 dari course lain yang lebih cantik dari saya. Mulai dari detik itu, rasmilah kami sebagai pasangan kekasih.
Hubungan kami dapat dihidu oleh classmate dan juga lecturers. Sebab kami tak ramai, dalam 25 orang sahaja dalam kelas. Dan kami agak rapat juga dgn lecturers. Ada kawan2 yg menyenangi hubungan kami, malah ada juga yg tidak, sebab sikap H yg bagi mereka agak annoying. Bagi mereka yg tak rapat dan jarang berborak dgn H, mereka akan merasakan H memang agak annoying.
Tapi bagi kami yg selalu bersama2 dgn H, dia sebenarnya agak easy going dan kelakar juga orangnya. H juga mula memperkenalkan saya kepada ahli keluarganya. Dia membawa saya ke rumahnya untuk bertemu ibu dan bapanya. Adik2nya excited dengan kehadiran saya, kerana H ramai adik beradik lelaki. Bila hadir seorang “kakak”, mereka amat gembira. Tapi tidak pada ibu dan bapa H.
Saya perasan riak tidak senang pada air muka ibu dan bapa H. Mungkin sebab kami masih terlalu muda waktu itu (H 19 tahun saya 21tahun). Dan saya tahu kekurangan diri saya, dimana saya tak cantik dan berkulit agak gelap (kerana saya banyak join aktiviti luar sejak sekolah dan kulit mudah sunburn).
Memang tipikal untuk seseorang ‘bakal ibu mertua’ yang menginginkan bakal menantu yang cantik dan berkulit cerah untuk dipadankan dengan anaknya yang ada rupa. Tapi saya cuba memaniskan muka bila berhadapan dengan ibu bapa H. Ibunya pernah bertanya, kenapa H tidak memilih gadis lain yg lebih cantik? H tahu ibu bapanya tidak menyenangi perhubungan kami, namun dia tetap mempertahankan saya.
Bila dah bercinta, walaupun hari2 jumpa dalam kelas, kami tetap meluangkan masa berdating di luar. Faham2lah bila bergelar students, dengan duit yg tak berapa nak ada, kami berdating dgn cara students. Kadang2 kami menyewa kereta pergi jalan2 tepi pantai.
Satu petang, kami ke pantai dengan 2 orang rakan kami yang juga merupakan pasangan kekasih. Kira double date la tu. Kami bergambar bersama2. Bila kawan saya bergambar dengan kekasihnya, mereka berpelukan. Terpengaruh dengan perlakuan kawan kami, entah kenapa saya merelakan H memeluk saya dari belakang sewaktu kami bergambar bersama2.
Syaitan telah mula memainkan peranannya. Berdebarnya hati saya kerana itulah pertama kali saya dipeluk oleh seorang lelaki yg bukan mahram. Di dalam kereta, H duduk bersama2 saya di seat belakang. Sekali lagi, syaitan menghasut kami agar lebih ‘daring’. H mula mencium pipi saya. Berdebar dan menggigilnya saya, tapi saya tak menolak kerana sewaktu itu hanyalah rasa cinta yang menguasai diri.
Saya hanyut dalam pelukan dan ciuman H. Dari pipi ke seluruh muka, hinggalah bibir kami bertemu dan itulah ciuman pertama yg sangat manis dan mengasyikkan. Saya akui saya agak naif, membenarkan H bertindak melebihi batasan. Tapi bila cinta mengatasi segalanya, dan nafsu sebagai anak muda melonjak2 ingin disayangi dan dibelai, perbuatan kami mula melebihi sempadan yg sepatutnya.
Kami mula menyewa kereta, keluar malam 2 couple. Bila rakan saya dan kekasihnya di depan, saya dan H memadu kasih di seat belakang. Sepanjang malam kami berpusing2 dari bandar ke pantai, dari pantai ke kawasan kampung. Kadang2 lajak ke daerah sebelah. Asalkan kami boleh bergilir2 memadu kasih. Dari ciuman dan pelukan, H sudah mulai berani menyentuh tempat yang tak sepatutnya disentuh.
Saya juga tidak menghalang, malah merelakan. Lovebites merata2 di tubuh saya. Hanya leher saya tak bagi, sebab takut roomate atau family saya nampak. Jahat kan saya? Pada Allah Yang Maha Melihat tak takut pula?
Dari kereta, kami beralih ke fasa yang lebih advance. Kami sudah mula berani check in hotel. Mulanya beramai2. Dari 2 couple menjadi 3 couple. Kami check in 3 bilik. 1 bilik utk couple yg first, 1 bilik saya dan kawan saya dan 1 bilik lagi H dan kekasih kawan saya. Kami masih belum berani untuk check in bilik yang sama.
Ye, silapnya disini. Dimana jika anda tersalah pilih kawan. Berkawan pula dengan mereka yg ‘advance dan berani’. Kita pun dari senaif2 orang jadi berani mengikut perkara yg salah. Terpengaruh untuk mencuba bila lihat kawan2 lain berani melakukan perkara yang bukan2 meskipun tahu benda tu salah. Tapi itulah bila nafsu beraja di hati. Segalanya sudah di luar akal fikiran yang waras.
Sewaktu check in, kami bertukar bilik pada tengah malam. H cuba untuk menyetubuhi saya, tapi tak berjaya. Mungkin kerana saya terlalu takut hingga tak dapat memberikan kerjasama. Meskipun tidak ada seurat benang di tubuh kami tapi dara saya masih belum dapat dibolosi oleh H. 2-3 kali kami check in, dimana saya dan H sudah mula berani check in tanpa rakan2 yg lain.
Namun begitu juga hasilnya, masih lagi terjaga dara saya. Saya tahu H amat menginginkan saya, seperti mana saya juga menginginkan dia. Dosa pahala kami tolak ke tepi. Dalam jiwa saya hanya H seorang.
Satu malam, kami keluar beramai2. Tak silap saya dalam 5 orang. Hanya saya dan H sahaja yg couple. Yg lain adalah rakan2 kami. Kami menghabiskan masa di pusat karaoke dgn menempah 1 bilik. Faham2 lah bilik karaoke gelap. Masa kawan2 menyanyi, H lebih senang memeluk saya dan mencium2 saya tanpa rasa malu di hadapan kawan2 kami.
Gelora nafsu membuak2 tapi kami tahankan saja. Selepas pulang dari pusat karaoke, kami check in di sebuah hotel berhampiran kerana jam sudah 1 pagi. Kami check in 1 bilik utk girls (3orang), dan 1 bilik utk boys (2orang). Sewaktu saya mahu tidur, tiba2 pintu bilik diketuk. Kawan kami mengatakan dia mahu lepak di bilik kami, dan menyuruh saya ke bilik mereka kerana H menunggu saya.
Saya pun melangkah ke bilik H dengan debaran di dada. Sebab saya tahu apa yang kami sama2 inginkan. Setibanya di bilik, bermulalah adegan2 dua manusia yang dikuasai hasutan syaitan, dimana malam itu berakhirlah perjuangan saya mempertahankan dara saya.
Bukan tiada penyesalan, bukan tak tahu bahawa zina itu sebesar2 dosa. Bukan tak terbayang wajah ibu bapa tapi nafsu dan cinta mengatasi segalanya. Benda ‘sedap’, sekali tak cukup. Perlakuan hina kami berulang hampir setiap minggu. Malah kami pernah check in 1 malam, melampiaskan nafsu sepuasnya dan esok balik ke rumah masing2. Bila pandang wajah ibu dan bapa, saya rasa amat berdosa tapi bila bersama H, segalanya entah ke mana.
Hampir 3 bulan aktiviti kami berterusan. Ada saja kesempatan, kami mencari peluang melepaskan rindu dan kegersangan. Tapi Allah takkan membiarkan hambaNya terus dalam dosa. Satu malam, saya dipanggil oleh warden, mengatakan pihak atasan kolej hendak berjumpa. Saya dibawa ke pejabat pihak atasan dalam debaran menggila.
Setibanya di pejabat, saya tengok H ada disitu, bersama2 beberapa pegawai kolej. Saya tak tahulah H sudah lama atau baru saja sampai. Tapi H memberikan saya satu pandangan bahawa kami sudah kantoi. Kami tak dibenarkan bercakap malah kami disoal-siasat dalam sesi yang berasingan.
Saya tak tahulah bagaimana aktiviti kami bocor ke pihak atasan. Saya dipaksa menceritakan apa yg berlaku antara saya dan H, dan siapa lagi partner in crime yg terlibat. Tak berhenti2 pegawai kolej beristighfar bila saya menyatakan kami sudah beberapa kali berzina. Seorang pegawai menyalin semua pengakuan saya di atas kertas.
Dari jam 9 malam, sesi soal siasat berakhir jam 12 tengah malam. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu, takut, cuak, menyesal. Semua ada. Bila saya selesai memberikan keterangan, saya lihat H dah tak ada dalam pejabat itu. Mungkin dia sudah dilepaskan balik ke hostel.
Malam itu, saya tak dapat melelapkan mata. Perasaan saya bercampur-baur. Pihak atasan mengatakan akan memanggil ibu bapa kami dan kemungkinan besar kami akan dibuang kolej. Esoknya, saya bertemu H dan dia menceritakan bagaimana dia dipanggil seawal jam 6 petang. H memberitahu, ada informer dari hotel yang kami check in memberitahu pihak kolej tentang aktiviti kami.
H disoal secara keras, berbanding saya yg disoal secara psikologi hingga menyebabkan saya berterus terang tentang semuanya. H cakap, dia cuba menafikan, tapi telah diugut oleh pihak kolej. Bila melihat saya dibawa ke pejabat malam itu, H tahu rahsia kami akan terbongkar sebab dia tahu saya jenis tak pandai berbohong, lebih2 lagi bila saya di psiko oleh pihak atasan.
Rupanya H di tahan hingga jam 2 pagi, setelah pegawai kolej mengambil keterangan saya dan memaksa H mengaku apa yg telah lakukan selama ini. Patutla saya lihat H tiada, rupanya sesi dia belum berakhir.
Kami buntu. H cakap, apa yg terjadi, kita hadapi sama2. Tentang cinta dia pada saya, tetap utuh dan dia akan pertahankan walau apapun keputusan pihak kolej. H mencadangkan agar kami bernikah, kerana dia ingin bertanggungjawab ke atas saya. Dia takkan membuang saya begitu sahaja. Dia akan memberitahu ibu bapanya untuk menghalalkan hubungan kami.
Dia juga mahu saya memberitahu ibu bapa saya keputusan kami untuk bernikah. Berita kami sudah mula tersebar, tapi kami hanya mendiamkan diri. Macam2 versi, ada yang mengatakan kami ditangkap khalwat. Terasa malu kerana seperti semua mata memandang kami dengan pandangan penuh kehinaan.
Beberapa hari selepas dipanggil pihak atasan kolej, ibu bapa saya datang. Ibu bapa H juga datang tapi dalam sesi yang berlainan. Keruhnya wajah ibu bila membaca pengakuan yg saya catatkan. Saya tak tahu nak letak muka dekat mana. Maafkan saya cerita terhenti buat setakat ini kerana dah agak panjang saya menulis. Jika ingin sambungan saya akan cerita selanjutnya nanti. Salam.
Sumber KisahJalanan
Be the first to comment