Polis sahkan Addy Kanna, Leong Yeong tidak terlibat Macau Scam

Susulan kes penggubahan wang haram, pihak polis hari ini mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin berperanan sebagai koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet.

Dakwaan tidak tepat

Menurut beliau, dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara melibatkan dua individu terbabit adalah tidak tepat

“Kegiatan penipuan dalam negara dilakukan sindiket penipuan lain. Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan penipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat,” katanya.

Addy Kanna masih ditahan

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Addy Kanna masih lagi ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.

Huzir berkata, polis kini sedang dalam usaha mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbualan telefon penipuan dalam talian oleh seorang lelaki yang mendakwa ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna yang tular sejak minggu lalu.

Tambah Huzir, pihaknya akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh dua individu terbabit dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Be the first to comment on "Polis sahkan Addy Kanna, Leong Yeong tidak terlibat Macau Scam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*