
Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya. Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya ‘down’, isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.
KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu. Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke?
Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku.
“Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini”
Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga. Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap. Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi?
WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi. Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah. Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka.
Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock. Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post,
“Isteri pembawa rezeki suami”
Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini.
“Abang hati tisu, rasa sebak plak” hahaha!
Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha! Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai.
Rezeki Bukan Tentang Pandai Cari Duit, Tapi Jujur Pada Isteri. Siapa Sakitkan Isteri Hidupnya Tak Berkat
Biasa kita dengar dalam ceramah agama, Ustaz pernah menyebut “siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat, tak berjaya”, kenapa tak berkat? Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga, mereka amanah dan anugerah Allah. Ustaz Ebit Lew, pendakwah terkenal di media sosial telah berkongsi kisah kejayaan seorang sahabatnya di instagram beliau. Rahsia kejayaan sahabat beliau ialah Allah, isteri dan keluarga. Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kaseh pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti.
Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah. Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.. Ramai orang hidup jadi kelam kabut.
Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.. Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.
Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya baca buku isteriku Bidadari dan 11amalan kaya tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat rezeki bila ada dunia tapi sebenarnya hargai apa kita ada. Tahniah sahabatku aslconstruction.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew via Pa&Ma / Jimmy Johari
Be the first to comment