Suami Bawa Anak Angkat Tinggal Bersama Dengan Alasan Hendak Praktikal, Satu Hari Aku Berkursus Tiba-Tiba Kakak Call Suruh Balik

Salam semua, Saya ingin menceritakan sebuah pengalaman kehidupan. Saya seorang wanita berkerjaya agak baik, berpendidikan tinggi, berjawatan dalam politik. Cerita bermula bila saya berkahwin dengan duda anak dua. Suami membawa 2 anak perempuan nya tinggal dgn saya dirumah ibu bapa saya. Mak dan ayah saya sangat sayangkan ke 2 cucu baru itu walau bukan datang dari rahim saya.

Saya berkahwin selama 13 tahun dgn suami Saya bekerja dgn kuat termasuk berniaga sampingan dan kehidupan kami agak mewah. Suami tak bekerja. Anak2 tiri saya semuanya hidup dalam keadaan baik termasuk pendidikan. Suami saya tidak bekerja tetap dia hanya buat kerja2 kg sahaja. Sampailah suatu ketika saya berjaya membeli 4 buah kereta dan membina sebuah rumah diatas tanah saya sendiri bernilai 200k.

Saya amat menjaga suami tatang bagai minyak yg penuh kerana tiada anak dgn suami. Wang saku saya berikan setiap hari Makan minum semua terjaga,malah mewah. Suami mula bosan katanya duduk dalam umah besar. Lupa nak cerita anak2 tiri saya semua dah berkahwin pada usia muda iaitu 18 dan 19 tahun. Perkahwinan berlangsung semuanya saya tanggung. Pendek cerita bagi menghilangkan kebosanan suami saya. Saya meminta suami mengambil PSV bas dan saya biaya sepenuhnya. Segalanya bermula.

Suami mula jadi pemandu bas universiti. Itupun saya yg carikan. Suami mula balik lewat katanya budak2 Uni banyak aktiviti malam sampai 2,3 pg. Saya mcm biasa tetap bg wang saku rm50 sehari pada suami walau dia bekerja. Suatu hari dia bawa balik seorang budak perempuan berusia 21 tahun katanya anak angkatnya. Dia suruh saya sediakan sebuah bilik sbb budak tu praktikal kat negeri saya. Budak tu org pantai timur. Saya turutkan.

Saya terus hubungi universiti dan tanya kenapa budak tu tak buat praktikal di negerinya. Kata pihak universiti budak tu berkeras nak buat praktikal kat negeri saya. Suami bawa bas macam biasa. selalu saya masak budak tu akan call teman lelakinya bagitau apa saya masak. Selalu dia dapat hadiah yg menarik dari teman lelaki dia. Saya hanya memerhati sebab budak tu sangat hormatkan saya dan memanggil saya mama. Dia juga memakai tudung labuh dan sopan.

Suatu hari kakak saya sebelah umah datang nasihatkan saya supaya jangan membenarkan budak tu tinggal dirumah saya. Dia kata takut jadi apa2. Saya khabarkan pada suami dan suami marahkan keluarga saya. Suami pula bila gaji tak pernah ada duit malah ambik duit poket dari saya macam biasa. Saya diam. Suatu hari saya terpaksa berkhusus selama 4 hari dipenang. Saya suruh budak tu balik hostel dan budak tu bersetuju.

Lepas 2 hari kakak saya call dan minta saya balik mengejut tengok keadaan rumah saya katanya. Malam tu juga saya balik jam 11.30 malam sampai rumah tumpang kawan. Saya sengaja jalan kaki masuk kawasan umah saya diam2. Alangkah terkejutnya saya bila kelihatan suami hanya memakai tuala mengadap tv sambil merokok dan budak perempuan itu hanya mengenakan baju labuh tali kecil tanpa lengan. Saya selamba masuk dalam umah dan terus masuk bilik. Saya nampak dengan ekor mata mereka terkejut biawak hahahahaha. Saya masih diam.

Selang 5 hari lepas tu budak tu balik pantai timur bercuti. Saya pulak ajak suami naik super bike jalan2 dalam kampung. Saya minta henfon suami untuk call kawan kononnya saya tak bawa henfon. Suami tanya number berapa dia nak tekan saya cuma bercakap terus. Bila dia bagi handphone dia saya terus padam dan buka wasap dia. Sambil mulut pura2 bercakap. Dia tak nampak sebab dok bawa motor. Saya sempat baca semua wasap yg baru masuk bertubi2. Allah luruh jantung saya..” abg nanti Za balik Za singgah alor setar kita pergi tidur dulu kat tutttt…nanti za call pompuan tu (sayalah) ambik za kat kangar ok?

Saya diam. Balik rumah saya minta penjelasan dari dia. Dia diam. Tidak menjawab sepatah pun. Saya minta baik2 dia keluar dari rumah saya. Saya ambik semua wang hanya tinggal rm20 dalam poketnya. Semua kunci kereta dan motosikal. Dia menangis terus melangkah keluar dari rumah. Saya call bapa budak tu seorg ustaz dekat Terengganu cerita benda sebenar dan minta mereka datang ambil semua barang dia dalam 3 hari. Saya langsung tak menangis, cuma sedih sebab mereka berdua balas tuba pada kebaikan saya.

Hari ini dah 4 tahun berlalu. Saya dah kawen lain sekarang. cerita yang saya dengar budak tu dah kikis suami saya habis2an untuk tanggung pengajiannya. Selesai saja pengajian budak tu balik pantai timur dan berkahwin dengan org lain. bekas suami? Tinggal dalam kabin kontena pekerja. Nasib baik saya bagi sebiji motosikal sebab kesian. Duit? Entahlah. Mula2 saya susah nak move on tp saya bangkit bila saya ingatkan diri saya saya berdiri di atas kaki saya sendiri.

Anak2 dia tak membantu sebab mereka dah kawen dan tinggal jauh di johor. Saya masih baik dengan bekas suami. Dia masih nakkan saya dan memohon maaf. tapi saya sangat terluka. Buat budak perempuan tu. Maizah tq sbb rosakkan rumah tangga kami. Ma doakan kau bahagia sentiasa. Buat bekas suami semoga abang berjumpa dengan wanita yg lebih baik dr saya. InsyaAllah saya sentiasa doakan abg.

Kisah dibawah lebih mendebarkan,

**cerita ini merangkumi percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengikut keselesaan penulis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Cerita ini agak panjang. Cerita ini tentang suami saya who is now my ex. Cerita dia mcm ni. Kami bahagia berkahwin selepas couple selama 2 tahun.

Kami tidak bertunang cuz we felt like its no use to do so after all. We don’t want to wait another few months then married , jadi kedua-dua belah pihak setuju untuk meneruskan perkahwinan.

I know him through some internships where I join in his company,suami adalah seorang yg funny. A kind man, gentleman to say. He was really charming I’m telling you, many of my colleagues even tried him but don’t know how he can be with me back then.

Thinking how our couple memories make me smile back then but now it’s just cries. Selepas berkahwin selama 2 tahun, kami masih lagi belum mempunyai anak. Banyak kali kami cuba, tetapi tiada lagi tanda2 saya mengandung. He was still there with me, love and care me even when I was at my lowest.

Alhamdulilah my boss was understandable and gave a few weeks for me to rest for my mental health. I don’t know back then my husband was really the whole husband material.

Kadang2 ibu buat family gatheing untuk kami adik beradik berkumpul. Ada sekali tu, gathering kami di chalet yg terkenal. Right now when I think back, I should’ve follow my guts. But what to do? I was in love badly with my husband and trust him my whole world.

It was night everyone was outside celebrating some of my niece’s birthday.Saya tidak nampak kelibat suami masa tu. Jadi saya keluar pergi mencari suami, saya masuk ruangan dalam chalet, tiba2 nampak suami keluar berduaan dengan kakak saya dr bilik kami. Masa tu mcm2 aku fikir tapi aku sabar dahulu.

“Sayang?” Saya tanya suami kenapa dia dengan kakak bersama keluar dr bilik? Suami bagitahu secara kebetulan jumpa kakak dan nak kongsi sesuatu berkenaan produk kecantikan yg kami gunakan bersama. Kakak nak gunakan sedikit produk saya sbb dia lupa bawa.

I trusted them, I gave a smile and nodded held my husband hand walks outside. That was the first sign that I didn’t realize cause who would suspect anything? Then there’s another occasions my husband had to go for business trip.

I know he always go business trip cause he is some kind of high department person. That year, I still can’t pregnant. I know he wanted a baby so badly. I didn’t think properly back then but I remember my sister also had business trip but she says it’s to another country.

No one suspected anything at this moment. Many times I realize that this coincidence have become too often, like how they went to lunch together they say they terserempak. Then how my sister have almost same things I have which my hubby brought for me.

I started feel like suspicious about my husband, he was still doing his role as a husband indeed. Pay my nafkah like always and affectionate. But there’s like something he was hiding, firasat istri.

I solat minta pertunjuk Allah, I nangis kat sejadah tu sebab kenapa I masih tak boleh pregnant. I nak kasi my husband happy, I nak tengok dia bahagia jugak even if my husband says that he doesn’t care as long as I’m with him. I’m really thankful towards Allah.

Berapa hari selepas I doa to Allah, I slowly dapat mimpi jawapan tapi I thought it’s just mainan syaitan. Orang cakap mimpi waktu 3am gitu itu semua pertunjuk tapi I tak percaya sangat. Kali memang I perasan masa suami dan kakak keluar lunch bersama. Takkan terserempak lagi, banyak sgt kebetulan yg meragukan.

I ikut mereka tanpa mereka perasan , I went to his office actually to tell him that my pregnancy test shows positive. But that day it turns to a whole nightmare.

I nampak kakak i peluk tangan suami sgt erat ketuka mereka berjalan. I saw how my husband treated her like how he treats me, I gasp and tears up there. I immediately went home told my boss I was sick. That night, I didn’t confront him. I want more evidence, he cuddle me like ways sayang me, care for me.

Malam tu I check phone suami, I don’t like checking my spouse phone cause I trust them. I saw his recent call and message is my sister, I istigfar panjang when I saw the text. It was all lbcah and like they’re a couple.

I place his phone aside after taking pictures of it with my phone immediately goes to the toilet and cries. He cheated on me and deceive me with kindness of his. Suami buat I mcm org bdoh sambil I usap perut I mengenang nasib anak yg bakal dilahirkan nanti.

I thought of confronting but no. I don’t want to for now. I told my best friend, sanggup seorang kakak buat adik dia gini. Days passes, I haven’t told him about my pregnancy. I used ask him if he has anything tell me but he answer me no and ask why

I shakes head, I want cry in front of him but I pull myself together and just hugged him. I say I love him very much. He smiles and macam biasa care and sayang me. This months passes, sampailah satu hari tak tahulah mungkin Allah yang gerakkan hati I.

I followed my husband after I went for my check up, I nampak suami check in hotel dengan kakak I seperti married couple. Suami bagitahu malam ni dia ada kerja overtime. I ekori mereka dari belakan secara senyap. Mereka berdua berhenti pada satu bilik. Pakaian yang mereka pakai sgt kemas sperti pakaian pergi ofis. Setelah mereka masuk bilik, I tnggu lama depan pintu bilik mereka. I dengar semua apa yg berlaku dalam bilik tersebut. Kakak seperti merayu pada suami meminta sesuatu . Ya, mereka trlanjur.

Bila mereka keluar bilik, mereka terkejut I ada di situ. My tears betrayed me. It started rolling down my cheeks fast as I just can’t believe, I saw how baju diorang yang kemas terus dah macam kena cakar kucing. “and all this while.. I thought I could trust you.” I said to him.

Kini I sudah ada semua bukti. I file kan penceraian di mahkamah, I rasa j1jik dengan perbuatan suami dan kakak . My mom find out, of course she was mad.

She even halau my sister out of the house since my sister still staying with my mom. I cried when I was at the court after it was sah we divorced. I minta maaf to him when I was his wife I failed to be one of the good wife like he wants till he had to cheat on me with my own blo0d sister.

After the divorce then he find out I was pregnant, he wants to get back. I say no, my heart has really broken into pieces. I am okay if it’s other women but my own sister.. I couldn’t. I couldn’t handle the pain, I shut myself out for a few months sampai my mom have to take care of me macam I really tak bermaya.

I thanked my mom and my besties for staying with me throughout my ups and downs. My darkest moments. Sekarang bekas suami I adalah abang ipar I setelah bernikah dengan kakak I. Hati I masih lagi sakit tapi I happy lihat kakak I akhirnya dapat apa yg dia impikan selama ini.

A perfect husband, he is indeed perfect one but when they had their wedding I didn’t attend. I just want be away, my mom didn’t want accept too but I told her I’m okay if that’s what both of them wants. Fast forward, Alhamdulilah now my son is 2 years old.

He is smart, handsome like my ex but I didn’t mind. He willingly to give duit nafkah, I accept it sincerely. He at times do come to my mom house to see my son but at times my son doesn’t know him and tend cries, he did feel heartbroken but I can’t do a thing about that.

I was pregnant alone, I was all alone. I independent myself with the help of my besties and mom. I remember my mom accompany me to give birth to my son. I felt like giving up but she pushes me tothe very end and now my beautiful healthy son out. To my mom, I thanked her so much for being there. Even though when I was having my shutting people out moment, you still keep coming to me and want be by my side. Ummi I love you so much.

I may seem cool but only Allah knows how broken my heart still when we go family gathering. Even some of my families members understand if I don’t come cause who can handle my ex kahwin with my sister? I’ll be the strongest women my son would ever see, I want him to be raise be a good man and treats women kind.

I want him to be love fully and care with. Even if I’m working Alhamdulilah my boss understand my situation. My work colleagues all supported me. My ex? He quitted the job and started at another place cause he can’t face them all. He terlalu malu he once said. But whatever it is..

I hope their marriage till Jannah and that he or she won’t hurt each other like how my ex hurts me. Thank you for reading my whole story.

– TIARA (Bukan nama sebenar).

Sumber KisahJalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*