“Malik is back!!”, Aaron Aziz mengamuk, tular cerita tidak sepatutnya tentang beliau, ini amaran keras yang diberi

Semalam tular satu cerita mengenai Aaron Aziz yang memanggil sayang kepada Preity Zinta. Rata-rata tahu itu hanyalah gurauan semata-mata. Tapi ada blog yang menggunakan tajuk seakan akan menjurus ke arah fitnah mengenai isu ini.

Ini cerita yang tular semalam.

Macam susah nak percaya sahaja pelakon Datuk Aaron Aziz sanggup panggil wanita lain di Instagram dengan panggilan ‘sayang’.

Mana tidaknya, perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan yang boleh dilihat warga net yang lain.

Bagaimanapun, itulah realiti yang berlaku seperti yang didedahkan isterinya, Datin Diyana Halik menerusi satu posting di Instagram.

Begitupun, jangan salah faham. Hal ini kerana panggilan ‘sayang’ itu ditulis Aaron menerusi ruangan komen di Instagram aktres Bollywood terkenal, Preity Zinta.

Dalam satu hantaran Preity yang mengenakan baju tanpa lengan, Aaron menulis: “Hi sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay.”

Komen yang ditinggalkan bapa kepada tiga orang anak itu kemudian disedari netizen sebelum memaklumkan hal tersebut kepada Diyana.

“Tadi kita panggil dia, bukan main sibuk, nanti jap dia cakap tengah selesaikan kerja.

“Tak boleh larilah Malik, cuti sudah habis bro. Orang tag sama gua. Lu jangan macam-macam Malik!,” tulis Diyana menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Malik merupakan nama watak yang dipegang Aaron menerusi filem KL G4ngster.

Begitupun, menurut Diyana, dia mengakui suaminya itu memang peminat tegar aktres berkenaan.

“Memang dari dulu dia fanatik Preity. Tak apalah kasi peluang,” balasnya yang turut menggunakan hashtag #sisnaklockpintu secara berseloroh.

Hari ini pula satu blog pula telah membuat satu cerita yang memang membangkitkan kemarahan Aaron. Lihat saja pada tajuk sudah mengundang fitnah. Isi kandungan memang tak dapat dipastikan kerana telah dipadam, cuma dapat tangkap layar sahaja.

Baca pada tajuk sahaja memang boleh jatuh fitnah. Aaron Aziz sudah beri amaran dalam video di IG nya.

Semoga semua baik2 sahaja, pemilik blog sudah pun memadam cerita tersebut dan Aaron Aziz juga sudah memadan video di IG nya.

Olahan RJ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*