
SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa khuatir dengan laporan kerajaan akan melaksanakan perintah daru-rat.
Beliau mendakwa, tindakan tersebut adalah untuk menghalang proses Parlimen.
“Hari ini, kita mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan g4gal untuk menunjukkan sokongan majoriti dalam Parlimen dan menggunakan isu kris-is pande-mik korona-virus (Covid-19) sebagai alasan untuk terus kekal berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Berikut kenyataan rasmi Anwar
KENYATAAN MEDIA, 23 Oktober 2020
” Saya mengikuti rapat laporan-laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat proses Parlimen. Hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan w4bak Covid-19 yang memungkin penyalahgunaan kuasa.
Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara. Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran. Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.
Dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang. Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.
Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi. Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian. Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa.
ANWAR IBRAHIM
Berikut reaksi dari netizan
” kalau lah ahli2 politik tidak berebut unt jadi PM mungkin darurat tidak diperlukan… melihat situasi semasa lebih2 lagi ancaman covid, asyik berpolitik yg teramat sangat, sehingga isu rakyat minta diketepikan dan isu politik diutamakan… elok la darurat…
“Eloklah YDP Agong ambik pentadbiran , tak perlu adakan Pilihanraya buat masa sekarang , kesian kat rakyat Marhean kalo kena PKP balik , mana diorang nak cari duit nak bayar hutang dan beli makanan untuk anak-anak mereka
ahli politik duit banyak PKP berapa lama pun tak der masalah duit diorang berkepuk-kepuk
“Dah tu.. hari tu ada peluang kenapa tak persembahkan majoriti sahih dan kukuh utk dapatkan balik kuasa? Awak pun tak mampu utk ada majoriti kukuh utk bentuk kerajaan.. so mcm mana? Pikirlah utk dptkan sokongan bagi bentuk Kerajaan.. adoiii sembang kemas aje hakikat diri sendiri pun x ada numbers..
Muhyiddin yang dalam da-rurat, bukan negara – Mat Sabu
Dalam pada itu Presiden Amanah berkata Muhyididin kini dalam keadaan ‘dar-urat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
Ketika negara gempar dengan kemungkinan pelaksanaan “daru-rat” bagi menangani Covid-19, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menempelak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai pihak yang sebenar-benarnya sedang “daru-rat”.
“Bagi saya yang benar-benar dar-urat ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, bukannya negara.
“Beliau dalam keadaan ‘dar-urat’ untuk mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Jika alasannya Covid-19, kita sudah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi w4bak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kabinet hari ini dilaporkan bersetuju pelaksanaan darurat bagi membendung penularan Covid-19.
Menurut seorang menteri yang enggan namanya didedahkan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Muhyiddin di Putrajaya.
Muhyiddin petang ini juga dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan
Be the first to comment