Muhyiddin Yassin Dah Sampai Kuantan Nak Mengadap Agong, Tak Sangka Individu Yang Digeruni Ini Juga Turut Serta

Kuantan: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, di sini, bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyvarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang tvrut kellhatan memasuki istana.

Wakil media sudah berkumpvl di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekblasi Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sini.

Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembvbaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak k0nflik dalam sidang Parlimen akan datang bertivp kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.

Namun sehingga beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mvlut mengenai perkara itu

Terdahulu, Kabinet Setuju Darurat Dan PM Dijangka Mengadap Agong. Ini Yang Bakal Berlaku

Laporan terkini mengatakan kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan COVlD-19.

Difahamkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

” Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insider melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

” Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan COVlD-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan.

Parlimen ditangguh, darurat separa di zon merah?

Dalam pada itu, Pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.

” Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.

Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu. Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Difahamkan, Belanjawan 2021, yang sepatutnya dibentangkan 6 Nov ini, mungkin ditangguhkan jika sidang Parlimen digantung.

Sumber berkata, “darurat separa” mungkin tidak membabitkan tentera dan mungkin sama dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dari Mac hingga Mei lalu.

Katanya, pegawai kanan mencadangkan tentera membantu polis mengadakan sekatan jalan, seperti ketika PKP.

” Aktiviti harian akan dibenarkan, tetapi dengan lebih banyak sekatan,” katanya sambil menambah kedai runcit dan perniagaan masih boleh terus beroperasi.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang mungkin membincangkannya dengan anggota Kabinetnya.

Terdahulu, Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet untuk membincangkan Belanjawan 2021. Tidak diketahui jika cadangan “darurat separa” dibincangkan.

Mesyuarat khas itu diadakan di Putrajaya bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari tadi.

Daerah yang diisytiharkan zon merah COVlD-19 ketika ini ialah Kota Setar (Kedah), Larut-Matang-Selama (Perak) serta Timur Laut, Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang), Titiwangsa (Kuala Lumpur) dan Seremban (Negeri Sembilan).

Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor, serta Beaufort, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kudat dan Penampang di Sabah juga dalam senarai zon merah COVlD-19.

Kira-kira 700 hingga 800 kes Covid-19 dilaporkan setiap hari.

Sumber:Malaysiakini dan Freemalaysiatoday

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*