Time abg angkat tgh pergi kerja aku jumpa k0ndm dalam biliknya,aku rahsiahkan dari ibu kerana ini

Assalamualaikum ini kisah hidupku yang belum pernah aku ceritakan pada sesiapa termasuklah suami & kawan rapatku.

Namaku Hana, berumur 28 tahun. Sudah 2 tahun berkahwin & mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun. Seorang anak tunggal dibesarkan di KL oleh ibu tunggal. Ibu ayahku bercerai sewaktu aku berumur 7 tahun. Puncanya ayahku seorang kaki judi & arak.

Ayahku seorang mualaf yang memeluk Islam kerana pengaruh kawan semasa dia belasan tahun. Namun kerana pengaruh kawan jugalah ayahku menjadi kaki judi & arak sehingga dibuang kerja. Ibu aku seorang yang menyara keluarga sebagai cleaner pejabat.

Ayahku mendapat wang utk berjudi hasil dari sewa bilik rumah yang kami diami. Kami tinggal dirumah teres 2 tingkat. Kesemua bilik tingkat atas disewakan.

Pernah aku mengikut ibu menyerang ayah ketika main judi mahjong & minum arak. Ibu menyeret ayahku yang longlai mabuk sehingga ke rumah. Tak tergambar perasaan malu ibu aku kepada penyewa2 rumah kami. Boleh dikatakan setiap hari mereka bergaduh. Semenjak itu, aku jadi benci pada lelaki termasuk abang angkatku, Wan.

Ibu mengambil Wan sebagai anak angkat sejak bayi semasa perkahwinan pertamanya. Ayahku adalah suami kedua setelah suami pertama meningal. Wan bukanlah anak susuan ibu, jadi dia bukanlah mahramku. Aku mula membenci Wan setelah aku terjumpa gambar & cd p0rno dalam biliknya sewaktu dia keluar bekerja. Masa tu aku berumur 8 tahun.

Aku report pada ibu. Ibu menyuruh aku menjaga aurat dan duduk sahaja dibilik & kunci pintu bilik apabila kami tinggal berdua. Selepas ibu bercrai, kami berpindah ke rumah flat kos rendah. Ibu masih bekerja cleaner & Wan bekerja sebagai officeboy selepas habis SPM.

Mungkin kerana otaknya yg dah tercemar dgn porno menyebabkan dia gagal SPM. Aku hanya bercakap dgn Wan apabila perlu sahaja. Bayangkan, seawal 8 tahun aku mula takut dir0gol abang angkatku ditambah trauma dengan ayahku.

Aku membesar menjadi seorang yg inrovert & berdikari. Aku masih membenci lelaki dalam hidupku apabila melihat pula sepupu2 lelakiku juga jenis yang tak boleh diharap (tak solat, merokok & ponteng sekolah) termasuklah bapa saudara & arwah datukku juga begitu.

Aku tiada langsung kawan lelaki disekolah rendah walaupun sekolah campur lelaki perempuan. Aku mendapat straight A semasa UPSR & ditawarkan asrama penuh. Tetapi aku risau akan ibu aku tinggal bersama Wan dirumah. Jadi aku memilih utk masuk ke sekolah convent semasa tingakatan 1.

Ayahku pula meningal dunia tidak lama kemudian akibat terjatuh dibilik air & koma selama 2 hari. Aku hanya tahu ayahku telah meningal setelah dikebumikan & diberitahu oleh aunty ku (adik ayah) yang berusaha menghubungi kami tapi tak dapat kerana tiada orang dirumah.

Waktu itu kami tiada telefon bimbit dan hanya ada telefon rumah sahaja. Aku agak sedih & terkilan kerana tidak sempat meminta maaf padanya. Aku telahpun memaafkan kesilapannya yang lalu & semoga arwah diampunkan dosanya.

Selepas mendapat keputusan cemerlang dlm PMR, aku ditawarkan ke asrama penuh lagi. Ibu menyuruhku terima tawaran tersebut walaupun agak jauh diutara. Sewaktu itu, Wan telahpun bertunang dengan kekasihnya tetapi masih tinggal dengan ibuku.

Di sekolah asrama penuh tersebut, ada beberapa lelaki mencuba tarik perhatianku, terutama Fizi. Fizi berada dikelas lain tetapi selalu menyakat aku dengan perangai kebudak2kannya. Aku buat tidak endah sahaja kerana sememangnya aku tidak reti berkawan dengan lelaki. Sehingga semasa tingkatan 5, cikgu membuat 1 kumpulan belajar utk SPM & mentorku adalah Abu.

Abu juga pelajar 1 batch masuk denganku & sama2 berasal dari KL. Bila cuti sekolah Abu juga akan balik ke KL menaiki bas ekspres bersama2 denganku & beberapa pelajar lain. Abu walaupun tiada rupa tetapi agak cemerlang dalam pelajaran dan top 5 dalam tingkatan serta menjadi atlet sekolah. Memang terlalu jauh beza dengan Fizi yang agak comel dan tidak matang.

Bermula dari group belajar tersebut kami menjadi rapat & akhirnya tercouple. Fizi sangat kecewa denganku walaupun pelbagai cara dia memikatku termasuk bagi hadiah birthday & belikan macam2 makanan utk bekalanku (kerana ibu tak pernah melawatku diasrama). Abu banyak membantuku dalam pelajaran. Akhirnya selepas SPM kami dapat keputusan yang agak cemerlang walaupun bukan straight A.

Abu mendapat tawaran ke luar negara, manakala aku memilih IPTA tempatan yang berdekatan saja kerana tidak mahu menyusahkan ibuku lagi. Ibu masih bekerja sebagai cleaner walaupun usianya dah menjangkau 60an.

Hubungan aku & Abu terputus begitu saja semenjak kami masuk ke universiti. Pernah aku menghubunginya namun dia sudah mempunyai pengganti. Aku redha saja kerana aku tidaklah mencintainya sepenuh hati disebabkan trauma masa silamku.

Sepanjang aku belajar di IPTA juga aku tiada kawan lelaki & masih dengan sikap intovertku. Semasa ditahun kedua aku di ipta, Fizi tiba2 add aku di Facebook. Kami bertukar2 cerita & dia mula memikat aku kembali. Tetapi aku menolak cintanya dengan baik & terus berkawan seperti biasa sehinggalah kami grad & mendapat kerja.

Alhamdulillah, aku terus mendapat kerja sebagai eksekutif disebuah syarikat terkemuka dgn gaji yang agak lumayan.Berkat doa ibu tiada henti aku dipermudahkan dalam segala urusan dari belajar sehingga mendapat kerja.

Aku menyuruh ibuku berhenti kerja kerana dia pun dah tua. Wan, abang angkatku juga telah berkahwin semasa aku sedang belajar di IPTA. Namun ketika mereka masih bertunang, aku terjumpa k0ndom dlm biliknya (hobi aku suka menyelongkar) & aku juga temui chat tidak senonoh dengan tunangnya (kini menjadi isteri). Aku rahsiakan daripada ibuku kerana tidak mahu dia risau.

Tiba masa untuk aku mencari jodoh setelah beberapa tahun bekerja & mempunyai kereta sendiri (sebelum ini aku dibesarkan dengan menaiki kenderaan awam sahaja kerana ibuku tiada lesen). Aku mula mengharapkan Fizi kerana dia sahaja yang rapat denganku.

Dalam diam aku mula berdoa nama Fizi dalam setiap sujudku agar dia dapat menjadi suami yang baik buatku. Tetapi Fizi bekerja diutara kerana dia juga berasal disana. Aku tidak mahu berjauhan dengan ibuku kerana tiada siapa akan menjaganya.

Pada masa yang sama, aku mempunya seorang lagi kawan sekerja juga bernama Fizi (aku namakan sebagai Fizi2 agar tidak terkeliru). Fizi2 agak introvert juga sepertiku namun aku menyenangi sikapnya. Aku berdoa jika tidak dijodohkan bersama Fizi, biarlah Fizi2 menjadi suamiku. Jadi aku tidak menyebut nama penuh mereka dalam doaku.

Setelah beberapa lama & soalan bila nak berkahwin asyik menghantuiku, aku dengan tidak malunya menanyakan tentang soal perkahwinan kepada kedua2 Fizi. Kedua2 Fizi tidak bersedia utk berkahwin buat masa terdekat & aku agak kecewa kerana seperti dipermainkan walaupun Fizi2 tidak pernah menyatakan perasaannya terhadapku.

Satu hari tu aku terlalu bosan lalu aku install Beetalk. Masa tu Beetalk baru diperkenalkan. Sewaktu aku godek2 apps tu, terdapat chat masuk dari nombor tak dikenali. Apa yg mengejutkan namanya juga Fizi. Long story short, aku dan Fizi ketiga ini berkahwin setelah beberapa bulan kenal.

Fizi3 inilah yang Allah makbulkan doaku. Setelah 2 bulan berkahwin, aku mengandung dan kini anakku telah berusia setahun. Namun doaku masih berterusan agar suami & anakku tidak mengikut jejak lelaki2 yg membuatkan aku trauma.

Apa yg aku ingin sampaikan ialah jangan putus asa dlm kehidupan. Walaupun waktu kecilku tidak indah seperti kanak2 lain, namun Allah permudahkan aku dalam pelajaran, pekerjaan & perkahwinanku. Dulu aku selalu menyalahkan takdir & pernah mencuba untuk membnuh diri, namun memikirkan ibuku, aku tidak jadi nak bunuh diri, hahaha.

Dengan ujian yg Allah aturkan ini menjadikan aku lebih kuat & berdikari. So, guys jangan berhenti berdoa & bersangka baik dengan Allah. Tidak semua lelaki jhat seperti sangkaan aku dahulu. Cuma bercinta & membenci biarlah berpada. Pelangi akan muncul selepas hujan. Thanks sudi membaca…

Sumber KisahJalanan

Be the first to comment on "Time abg angkat tgh pergi kerja aku jumpa k0ndm dalam biliknya,aku rahsiahkan dari ibu kerana ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*