
RAKYAT Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.
Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar
Pergi pada usia 38 tahun, Almarhum dikenali sebagai seorang yang penyayang dan begitu prihatin kepada rakyatnya.
Biodata Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim
Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.
Almarhum merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial.
Lahir di Bandar Seri Begawan, Brunei, 29 Julai 1982, Almarhum adalah anak sulung Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Pengiran Isteri Hajah Mariam.
Pangeran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.
Pada tahun 2008, Putera Azim dihantar untuk mengikuti kursus latihan pegawai selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst, tetapi dia berhenti selepas satu minggu.
Kenangan arwah bersama kekanda Pengiran Muda Putera Abdul Mateen
Pangeran Haji Abdul Azim juga dikenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat terhadap aktiviti kemasyarakatan.
Pada tahun 2009, Almarhum menubuhkan dana di mana hasilnya disumbangkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.
Pada bulan Mei 2011, ketika di sebuah pertunjukan amal yang diadakan di Dewan Indera Samudra Empire Hotel dan Country Club, Brunei, di mana 31 orang dengan autisme tampil, Putera Azim mengatakan bahawa mereka yang menderita autisme harus dilayan dengan terhormat, “seperti mana-mana ahli keluarga anda”.
Penerbit Filem
Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions yang menerbitkan filem You Not You.
Sikap pro-Islamik ayahnya telah memberi kesan neg-atif terhadap campur tangan pangeran di kalangan penggiat seni di Hollywood.
Bersahabat Baik Dengan Mariah Carey
Pengiran Abdul Azim dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey. Di pesta ulang tahun Azim ke-30, sekitar pertengahan 2012, Carey turut serta hadir memeriahkan acara. Turut hadir, aktres Pamela Anderson dan Raquel Welch.
Komplikasi Kesihatan
Terdahulu dalam satu hantaran di laman sosial media instagram Bruneiroyalfamily, telah memaklumkan Pemergian Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim
Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.
Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.
Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.
Berikut status penuh di laman instagram tersebut Bruneiroyalfamily petang tadi
” Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
” Dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.
” Jnazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.
” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Be the first to comment