
Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan mangkat (meninggal dunia) pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini.
“Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi’ul-awal (24 Okt 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan.
“Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut.
Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.
Sehubungan itu, Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan seluruh rakyat digalakkan untuk memakai pakaian putih.
Beikutan itu, ramai warganet Brunei menzahirkan ucapan takziah buat kemangkatan baginda putera.
Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Brunei Darussalam atas kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, jam 10.08 pagi.?? pic.twitter.com/NwDx06Gdq9
— ZiR (@Zir80s) October 24, 2020
Selamat berkabung Rakyat Brunei, selama 7 hari mulai hari ini Lelaki dikehendaki memakai songkok bertaris putih/kopiah & bagi perempuan dikenakan memakai tudung berwarna putih bagi menghormati kemangkatan Duli yang Teramat Mulia paduka Seri Pengiran muda haji 'Abdul 'Azim. https://t.co/dhqPcZHCu9
— – F A K H I R A H – (@Fakhirah_21) October 24, 2020
Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Brunei Darussalam atas kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, jam 10.08 pagi.
Al-Fatihah.. ??
— فوزي (@__fauz1__) October 24, 2020
Radio Televisyen Brunei turut memuat naik montaj pengumuman kemangkatan tersebut ke portal dan Youtube.
Salam takziah buat Allahyarham Putera Haji Abdul Azim atas kemangkatan.
Al-Fatihah.
Sumber SK
May god bless you and