Baru je Agong bertitah percaya dgn keupayaan kerajaan, sekali Mat Sabu minta PM letak jawatan

KUALA LUMPUR: Semua ahli politik perlu mendengar nasihat dan patuh saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta tidak boleh mempertikaikannya dalam apa cara sekalipun.

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata semua ahli politik perlu termasuk beliau mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong.

“Semua ahli politik, termasuk diri saya, perlu dengar nasihat Tuanku untuk supaya berganding bahu dan bersatu untuk fokus menangani pandemik COVID-19.

“Saya berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat memanggil semua pemimpin politik untuk mencari jalan tengah supaya negara kekal stabil,” katanya ketika dihubungi BH.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, semua pihak tidak seharusnya terus mengganggu gugat kestabilan negara kerana Baginda sudah mengeluarkan titahnya.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dilaporkan bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia, buat masa ini, selepas menerima permohonan berbuat demikian daripada Perdana Menteri, kelmarin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fail Shamsuddin, dilaporkan berkata permohonan itu adalah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Permasyuhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan bagi memerangi ancaman wabak COVID-19.

Kerjaan Berupaya Melaksanakan Dasar

“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini daripada terus merebak.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” katanya

Berikut status Mat Sabu yang mengundang k3ncaman ramai termasuk sindirian dari Najib

“Laju bang Mat ambil kesempatan.Eh.. ini game elefan lawan elefan. Kenapa tertiba dia menyibuk pulak?” soal Najib Razak di facebook milik beliau

Nampaknya masih ada ahli politik yang masih tidak akur dengan titah YDP Agong

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*