
Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di perkarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya kepada pihak media.
Helikopter berkenaan dilaporkan mendarat kira-kira jam 12 tengah hari tadi sebelum terbang semula beberapa minit kemudian.
Namun helikopter yang sama kemudian mendarat semula kira-kira jam 3.10 petang tadi.
Setakat ini, pihak media tidak dapat memastikan kemungkinan adanya kehadiran Raja-Raja Melayu yang tidak memasuki Istana Negara menaiki kenderaan rasmi.
Sehingga jam 3 petang tadi, hanya kelibat masuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang tidak dilihat masuk ke Istana Negara melalui pintu utama.
Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan kepada baginda hasil Mesyuarat Khas Kabinet pada Jumaat lalu.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan butiran cadangan dibentangkan oleh Perdana Menteri kepada Seri Paduka.
Namun, spekulasi yang tercetus mengandaikan ia antara lain adalah syor kerajaan untuk melaksanakan darurat atau prorog Parlimen, mengambil kira keadaan semasa penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.
Prorog adalah pemberhentian atau penggantungan sidang Dewan Rakyat dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu.
Majlis Raja-Raja Melayu mula bersidang
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Raja-Raja Melayu mula bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah setelah kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara tepat jam 2.30 petang tadi.
Kenderaan rasmi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi kenderaan terakhir yang tiba. Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana Negara jam 1.30 petang diikuti dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada jam 2.14 petang.
Kenderaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula tiba jam 2.18 petang, disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 2.20 petang.
Kenderaan rasmi membawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir tiba jam 2.23 diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail tiba jam 2.28 petang.
Bagaimanapun kenderaan rasmi yang membawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak kelihatan masuk ke Istana Negara.
Pertemuan khas bersama Al-Sultan Abdullah hari ini membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan koronavirus (Covid-19). Ia susulan Mesyuarat khas Jemaah Menteri pada Jumaat
sumber: bharian online
Be the first to comment