Selepas saja kahwin suami ajak tinggal bersama mertua, semasa suami cuti kami duduk dalam bilik memang tak sangka terdengar apa mertua cakap ni

Gambar sekadar hiasan

Selama perkahwinan aku. Aku banyak makan hati. Entah la mungkin aku hanya menantu.

Yaa memang mertua itu seperti ibu dan ayah kandung.

Tapi sebaik baik mertua itu ada juga ketidakpuasan hati mereka. Tambahan ipar duai yang hanya melepaskan tangan mereka.

Ini kisah aku. Realiti yang aku kena hadap.

Orang cakap, diawal perkahwinan memang banyak dugaan. Selepas saja kahwin, suami ajak tinggal bersama mertua.

Dirumah tu ada ipar yang masih bujang. Aku pun setuju. Sebabnya suami dah janji nak tinggal dengan keluarga dia sementara sahaja.

So, banyak la kisah. Bercabang kisah aku ni.

Selama 8 bulan sahaja aku mampu bertahan.

Yala, menantu ni hanya orang luar. Rutin harian aku sebagai surirumah dan menantu yang jaga mertua uzur.

Bangun subuh, terus buatkan sarapan, kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, mop lantai, buang tahi ayam dalam rumah.

Kadang tahi kambing pun ada (biasa la kediaman kampung). Setiap hari mesti mop lantai. Sebab najis haiwan bersepah.

Selepas selesai mengemas, sambung pula masak untuk tengah hari. Tanpa rehat buat kerja dari pagi hingga tengah hari.

Pukul 2 baru boleh letak badan kejap. Pukul 3 bangun pula. Masak untuk minum petang dan makan malam.

Bab memasak ni, hmmm yala selera lain lain kan.

Pernah aku masak paprik ayam. Disebabkan aku tahu, mertua tak makan makanan yang pedas, jadi aku letak cili merah sahaja. Tak letak cili padi. Tapi belum lagi dia makan. Dah dia cakap pedas.

Sebulan dia tak makan apa yang aku masak. Semua benda jadi membazir sebab dia tak makan.

Walaupun aku masak makanan favourite dia. So, aku decide masak sikit ja. Tapi bila masak sikit, dia cakap pula mana makanan.

Dan satu hari tu, aku kemas dapur. Jadi kain buruk semua aku basuh.

Aku terdengar dia cakap, ‘pandai pandai ubah susun atur barang’ , dapur aku jangan nak busy body buat itu ini ‘, sudah la masak guna barang aku’ .

Ya Allah, terus tersentap hati aku. Bila luah dekat suami, suami cuma cakap, ‘biarla orang tua kadang memang cakap tanpa sedar’.

Nak dijadikan cerita, satu hari suami tak kerja. Maka suami rehat la dalam bilik. Tiba tiba dengar ibu dia berbual dengan ayah.

Ibu dia cakap, ‘tengok la budak dua orang tu. Tak boleh diharap. Aku ni dah la sakit. Tak boleh ka nak tolong tolong aku. Ikut sangat cakap isteri tu. Keluar rumah tahu nak shooping ja.’

Hari tu masuk bilik diorang, ada macam macam dalam bilik tu, diorang simpan barang dapur dalam bilik dan suami terkejut. Sebab kami tak keluar pun berjalan jalan hari tu. Sebab suami nak rehat di rumah.

Simpan barang dapur dalam bilik pun bersebab. Suami kerja gaji hari. Jadi kami buat simpanan barang dapur. Bila habis guna baru keluarkan yang baru.

Nak harapkan ipar duai belikan barang untuk ibu ayah. Lagi diorang minta barang ada la.

Yang bestnya, diorang adik beradik dah janji nak berkongsi bil. Tapi last last, suami aku sahaja yang tanggung semuanya.

Bila ipar duai datang, mesti ada gosip. Tak bukan kalau mengata dekat aku. Selama kami kahwin, boleh dia cakap aku mengandung.

Aku mengandung pun bila aku dah pindah keluar dari rumah mertua. Itu pun 9 bulan pernantian.

Mulut celaka. Nak runtuhkan rumah tangga orang. Maka aku menjauhkan diri dari orang negatif macam tu. Suami pun dah pesan jangan rapat dengan diorang.

Yang lagi sedih. Bila ibu dah meninggal, ayah merayu dekat aku. Sampai nangis nangis, suruh stay dirumah mertua.

Bila bincang dengan suami, aku cakap kita stay sampai nak beranak saja.

Bila anak dah dua orang, mustahil nak stay dirumah mertua dan ipar. Sebab bil bil rumah suami yang tanggung. Makan minum aku yang buat.

Kadang tu bila masak. Tak sempat pun aku makan, makanan dah habis. Dari aku yang dah sedia letih. Bertambah letih dengan suasana dirumah tu. Yala aku dijadikan orang gaji yang tak berbayar.

Sekarang aku berpantang dirumah ibu ayah aku. Itu pun ipar aku bising. Suami aku tak balik jenguk ayah.

Halluu, setiap minggu suami aku balik. Kadang tak sempat, suami aku akan call ayah untuk tanya khabar.

Dibicara pula soal tanggungjawab. Dibicara pula soal aku berpantang, tak buat kerja ka, tak jaga anak sulung ka.

MashaAllah aku masih berpantang, bleeding dan baru sihat dari jangkitan kuman. Pada siapa aku nak minta pertolongan kalau bukan suami sendiri.

Dikatakan pula, hutang tak bayar. MashaAllah. Hutangnya kena langsai segera. Tapi bila dia berhutang, dia buat buat lupa pula

(Sampai sekarang tak bayar, hutang kami dah langsai) dikatakan kami ni orang senang. (Aku anggap itu doa, aamiin). Padahal ikat perut, nak beli keperluan anak. Berapa sangat la gaji suami aku.

Bila suami cakap duit banyak keluar untuk keperluan anak, nak beli barangan dapur dekat ibu ayah aku (sepanjang berpantang dirumah ayah ibu). Dipertikaikan kenapa tak stay dengan ayah saja.

MashaAllah, engkau dah dewasa, dah sepatutnya boleh berfikir. Ohh aku lupa kau tu bujang, belum kenal suasana dan tanggungjawab rumah tangga.

Entah la bakal isteri kau tu nanti, cukup makan apa tidak. Barangan dapur untuk ayah pun kau sengkek nak keluarkan belanja.

Bil bil rumah pun, ayah yang bayarkan. Itu pun ayah masih lagi bagi duit belanja dekat kau. Dikatakan pula.

Jangan menyesal sebab tak stay dengan ayah, seronok sangat stay dengan mentua. Padahal sementara ni saja kami stay rumah ibu ayah aku. Selepas ni kami stay rumah kami.

Aku cuma mohon, diikhlaskan hati aku ni. Selama aku berbakti dengan keluarga mertuaku.

– Lyna (Bukan nama sebenar)

Be the first to comment on "Selepas saja kahwin suami ajak tinggal bersama mertua, semasa suami cuti kami duduk dalam bilik memang tak sangka terdengar apa mertua cakap ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*