Heboh cadangan keluar akaun 1 KWSP sebanyak 10 Ribu, tak sangka ini respon rakyat tentangnya

Kerajaan perlu pertlmbangkan cdangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeIuaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najlb Tun Razak berkata, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejjas bagi kegunaan mndesak.

Najib turut mencadangkan agar perm0honan tersebut boleh dipertlmbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

“Sebab itu, jangan membuat pengeIuaran KWSP jika tiada kegunaan mendessak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menjeIaskan, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendessak pencarum membuat bayaran balik.

“Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi.

“Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penaIti dan KWSP tak boleh buat apa-apa

“Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” ujarnya.

Berikut antara reaksi daripada orang ramai yang brsetuju dengan cadangan tersebut

Terdahulu,

COVID-19: Keluar caruman KWSP RM500 sebulan dari akaun 2

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Pengeluaran penuh pada umur 55 kekal – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tiada sebarang cadangan bagi menaikkan had umur pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP kepada 65 tahun.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut,” menurut dana persaraan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.

KWSP bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

Sumber : K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*