Isa Khan & Risteena Munim Tunda Kahwin? Tak sangka ini sebabnya

Pelakon Isa Khan menyatakan dia dan tunangnya, Risteena Munim, 31, masih belum membuat keputusan sama ada meneruskan majlis perkahwinan mereka atau tidak.

Kata Isa, 27, majlis tersebut sepatutnya diadakan pada November ini namun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan lagi.

“Memang plan asal sekitar bulan November tetapi sekarang PKPB jadi kita tak tahu sama ada boleh teruskan atau tidak.

“Kemungkinan besar kita kena tunda. Nak tunda ke tarikh baru tu belum pasti lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak

Tambah adik kepada bintang sinetron Indonesia, Miller Khan, dia dan Risteena hanya merancang untuk melakukan majlis akad nikah yang hanya dihadiri tetamu terdekat.

“Sebenarnya memang plan kami untuk adakan majlis akad nikah saja tahun ini. Majlis resepsi mungkin awal tahun depan.

“Sebab kami nak buat gathering untuk keluarga, kawan dan rakan media tapi dalam kuantiti yang sikit.

“Tapi itu pun tidak dibenarkan. Kami pun tak pasti lagi macam mana, nak kena tengok keadaan COVID-19.

“Belum pasti lagi sama ada nak tunda semuanya ke tahun hadapan atau tidak,” katanya lagi.

Isa dan Risteena telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Sebelum ini, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.

Risteena dapat kereta mewah

Genap setahun perkenalan semalam, Risteena Munim menerima kejutan hadiah kereta mewah dengan nombor pendaftaran istimewa daripada tunang tercinta, Isa Khan.

Berkongsi berita itu, Risteena berkata, Isa menghadiahkan kenderaan terbabit hasil kejayaan perniagaan minuman kesihatan Lovit yang diusahakan mereka.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai hadiah kereta ini. Malah, saya tiada hadiah kepada tunang sempena ulang tahun perkenalan kami.

“Isa suka beri kejutan. Cuma kali ini berbeza berkat pencapaian perniagaan kami. Kereta ini adalah untuk kegunaan bersama,” katanya kepada BH Online.

Risteena berkata, hadiah itu membuktikan Isa bekerja kuat dan berusaha mendapatkan apa yang dihajati.

“Isa membuktikan usahanya berbaloi. Dia kerja keras untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Pencapaian dia menggembirakan kami,” kata kakak kepada Ruhainies ini.

Tambah Risteena, demi mencapai apa yang diingini, tunangnya itu tidak mempedulikan soal makan dan tidur.

“Saya bangga dengan usaha dan semangatnya. Banyak lagi yang sedang dia usahakan sekarang,” katanya.

Mengenai perancangan berkahwin, Risteena memberitahu, dia dan Isa mahu menyegerakan perkara itu.

“Belum ada tarikh lagi, tapi Insya-Allah akhir tahun ini.

“Urusan ini jadi rumit apabila kita diuji COVID-19 dan perlu akur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah PKP Pemulihan (PKPP),” katanya.

Risteena dan Isa berkenalan kira-kira setahun lalu ketika menerajui drama Bulan Di Kota Langit yang sedang disiarkan TV Okey.

Sumber Gempak

Be the first to comment on "Isa Khan & Risteena Munim Tunda Kahwin? Tak sangka ini sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*