Heboh harga topi capal mahal dan dianggap menunggang agama, kata2 Cikgu Fadli memang buka mata ramai orang

Hari ini heboh mengenai topi berlogo capal yang dikatakan harga melampau seolah-olah menunggang agama. Tidak terlepas memberi pendapat bernas, Cikgu Fadli ada membuat coretan yang padu.

Esok maulid nabi saw. Hari ni dah ramai berbalah. Pasal sambutan, pasal tayar motor lambang capal, pasal topi.

Topi lambang capal teruk dikatakan menunggang agama. Kerana harga RM200, terus dilabel penunggang.

Padahal topi vintage keluaran luar negara dijual harga beribu tak ada siapa nak pertikai. Pakat duduk senyap-senyap saja.

Topi gambar kepala lori, gambar alat muzik, gambar spanar, gambar beer, gambar wanita separuh bogel dijual mahal-mahal, namun diam.

Topi gambar capal dijual RM200, kecoh.

Mahal bagi kita, tak semestinya mahal bagi orang lain. Kita tak suka, ada orang yang suka. Tiada masalah pun sebenarnya.

Sama sahaja dengan topi keluaran luar negara yang mahal-mahal tu. Ada peminat mereka tersendiri.

Bezanya, topi buatan orang kafir harga mahal gambar bogel sekali pun, pakat diam. Keluar topi capal orang Muslim buat, terus kena kondem jual agama.

Sedangkan orang Islam ini pembayar zakat. Maju bisnes mereka, makin besar zakat. Pekerja pun hampir 100% Melayu Islam. Ejen-ejen pun orang Islam.

Namun kena kecam. Jual agama kata mereka.

Orang jual topi je lah. Trigger lebih-lebih sebab apa. Kalau kata mahal topi tu, ada je topi capal harga murah. Tak minat, duduk diam. Settle.

Harga dijual mahal sebab banyak faktor. Kos pengiklanan bayar duta saja berapa, kos ads, kos marketing, kualiti kain dan sebagainya. Dan ya, mesti ada untung. Nabi saw berniaga pun ada untung.

Rasa mahal bagi kita. Duduk diam-diam. Tak nak sapot. Duduk diam-diam.

Tak perlu mengata orang lain konon itu bukan cara sayang nabi saw. Cara yang betul begitu begini ikut pandangan mereka sahaja.

Raikan pandangan orang. Usah tunjuk bijak dalam beragama. Konon cara kitalah paling betul paling tepat.

Berhujah sana sini, sedangkan semua hujahan diambil dari ilmu orang lain. Dari bacaan dia di Fb atau Google, dari tontonan video sekerat-sekerat ustaz dan ulama yang dia minat sahaja.

Bukan ilmu sendiri pun yang kalut berhujah tu. Bukan bertalaqi lutut ke lutut bertahun-tahun. Bukan hadam banyaknya kitab muktabar dari kulit ke kulit.

Berhujah nak tunjuk dia pandai. Dia betul. Dan berhujah guna ilmu ceduk dari post orang lain, dari Google, dari tontonan video sahaja.

Bukan begitu caranya. Bukan begitu.

Amalkan apa yang kalian yakini benar tanpa merendahkan orang lain. Dan terus menimba ilmu agama untuk kegunaan diri sendiri dulu.

Jangan kalut awal nak berdebat dan berhujah dengan orang, nak perlekeh cara dan amalan orang lain.

Ahli ilmu yang sebenar-benar ada ilmu saling rai-merai perbezaan pendapat antara mereka. Bermuzakarah pun dalam lingkungan mereka yang dah pun faham landasan ilmu.

Baru sampai tujuannya.

Begitulah. Dah, jom perbanyakkan selawat.

“Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad, wa ‘ala ali sayyidina Muhammad”.

#MFS
– Bukan peminat topi –

Mufti Larang Guna Logo Kaitkan Dengan Peninggalan Nabi

Beberapa hari ini, perasan juga ada isu berkaitan satu jenama ini yang menggunakan logo yang dikaitkan dengan capal Nabi Muhammad SAW. Berikutan perkara tersebut, timbul pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Peka dengan isu semasa lebih-lebih lagi melibatkan akidah, hari ini Dr. Maza melalui akaun Instgram-nya berkongsikan hukum berikutan isu terbabit dengan tajuk – Hukum Bertabarruk Dengan Peninggalan Nabi SAW.

HUKUM BETABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW

Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW samada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut.

Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah Saidina Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai’ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik.

Walaupun begitu, para ulama semasa telah membuat kaijian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih.

Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang.

Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan.

Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma , pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan.

Semoga penjelasan daripada Mufti ini mampu memberi gambaran jelas mengenai tindak tanduk kita.

Sumber Cikgu Fadli Salleh/gulapop/Olahan RJ

Be the first to comment on "Heboh harga topi capal mahal dan dianggap menunggang agama, kata2 Cikgu Fadli memang buka mata ramai orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*