Ibu sindir suami bila hadiahkan beg tangan, “ibu tak guna beg pasar malam, ibu nak beg Coach”, bila aku check whatsapp ibu syp2 rupanya macam2 dia hina suami aku

Assalamualaikum, salam aidilfitri semua. Aku Anita dan aku anak pertama dr 5 beradik. Ayah telah meningal dunia sewaktu umur aku 17tahun, dan ibu yg menjaga aku sejak ayah meningal.

Sebelum ni ibu bekerja sebagai pembantu pejabat sekolah dikawasan rumah kami. Ibu yg handle kami dari kecil sampai lah kami besar dan alhamdullilah kami jadi orang berguna.

Ibu memang teringin sgt tgk anak2 nya bekerja dan berjaya menjadi kaya dalam usia yg muda. Alhamdulillah selepas aku bergraduasi 2 tahun lalu, dan setelah menganggur tiada pekerjaan tetap hanya buat part time akhirnya aku dpt panggilan posting ke Kedah.

Aku ajak ibu aku pindah sekali sbb aku taknak duduk sorg2 kat sana, lagipun aku boleh luangkan masa dengan ibu dan adik2.

Ibu berhenti kerja sebagai pembantu pejabat sebab aku da rasa boleh sara ibu dan adik2 sepenuhnya dgn gaji aku dapat sekarang. Ibu aku menurut shj. So, kami pun berpindah sekeluarga ke utara tanah air.

Kisah bermula di mana ibu rasa bosan tinggal di rumah sewaktu aku dan suami keluar bekerja. Dia minta aku belikan handphone yg untuk dia mengisi masa lapang sambil melihat resipi2 trendy sekarang di rumah. Aku turutkan saja permintaan ibu.

Yang peliknya ibu pandai meminta model handphone yg nak dipakai nya. Minta P30 yg paling latest. Memang pd awalnya aku terkejut juga mana ibu dpt tahu model2 handphone ni. Emm… ok.. aku turutkan juga melayang la RM2750 aku. Demi ibu tersayang aku belikan.

Masalah aku skg, selepas aku belikan ibu smartphone dan aku install whstssap utk dia, dia dah jadi makin leka. Makcik aku masukkan ibu aku dalam group keluarga mereka, dan semuanya bercerita ttg anak masing2. Ibu aku jd cemburu dan mula menghina aku.

Rupa rupanya ada makcik2 yg telah pengaruhi ibu aku suruh beli model handphone yg paling latest. Sebab apa, dia orang dok cerita anak2 masing belikan itu, ini dekat mak masing2.

Adoiyai.. memang pening la aku nk melayan ibu. Aank ibu ni kerja cikgu je pun. Gaji tak la besar mana sgt.

Ada sepupu kami jadi doktor, dan ibu aku kata kenapa aku tak jadi doktor, yelah kalau jadi doktor, dia bangga sikit. Dia kata dia tak bangga langsung aku jadi guru walaupun aku berpangkat dg41.

Kisah aku lagi sedih bila aku nak kahwin, mak aku suruh ambil andaman yg famous kat KL.

Aku ckp aku tak mampu sbb kalau boleh nak ringkas, mak aku balas kenapalah kau tak mampu, bukan ke kau keeja guru.

Gaji banyak kan, mak aku ckp. Aku jawab ya walaupun saya keeja guru, gaji boleh tahan banyak tapi saya taknak membazir.

Bakal suami aku pula keeja pejabat. Lagi lah ibu aku naik angin. Dia kata keeja pejabat takde jaminan masa hadapan. Kenapa aku tak cari lelaki yg keeja doktor.

Aku perasan ibu aku berubah sejak dia ada whatssap. Aku pernah check hp mak aku, makcik2 aku semuanya kata anak dia belikan kereta, belikan rumah dan ada sepupu aku bakal berkahwin jugak, bakal suami dia anak kepada Tansri.

Dan aku baca, mak aku balas begini “alhamdulillah dpt anak tansri, anak aku ni dpt anak tukang kebun je. Tiada class langsung.”

Waktu aku baca apa yg mak aku taip tu, air mata aku jatuh. Aku tak sangka mak aku hina bakal besan, sedangkan waktu merisik tu, mak aku senyum.

Bila aku selidik dan tgk handphone ibu sewaktu dia tidur, mmg makcik2 aku ni selalu sembang berlagak dgn dia. Semua dok up anak menantu masing. Mungkin ibu aku tercabar kot, tu yg dia sikit nk samakan aku dgn sepupu yg lain.

Memang sedih sgt, aku mcam rs lebih mak aku tak payah pakai handphone. Lagi menjadi jadi perangai dia.

Ok skg Alhamdulillah aku dah kahwin 3 bulan, dan suami aku duduk sekali dengN ibu. Suami aku jd imam tiap kali Maghrib dan Isyak, dan adik2 aku ikut solat berjemaah. Mak aku tak ikut sebab dia kata dia lagi suka solat seorang.

Aku tahu dia tak suka suami aku. Suami aku ok je, alhamdulillah rajin solat cuma aku akui gaji dia lagi rendah dr aku. Aku tak kisah asalkan dia tahu tanggungjawab kpd aku dan ibu bapanya.

Aku bersyukur dipertemukan dgn suami aku. Tapi, sikap ibu aku kepada suami aku, aku rasa sedih.

Aku kesian pd suami aku sbb setiap kali dia ingin berbual dengan ibu aku, ibu aku akan angkat kaki dan masuk bilik dan main whatssap. Pernah sekali suami aku belikan ibu aku beg tangan.

Ibu aku senyum sinis kemudian berkata “ibu tak guna beg pasar malam, ibu nak beg Coach. Mcm maklong, dia beli kat JPO.” Allahuakbar. Suami aku senyum, kemudian dia masuk bilik air dan basahkan muka. Aku tau dia menangis sebenarnya.

Byk sebenarnya yg ibu aku dah buat yg buatkan aku rasa aku ni anak derhaka. Dia minta belikan set sofa, set meja makan, set katil dan mcm2 lagi, dalam masa yg sama. Aku jwb “ibu, along tak mampu. Nnt along kumpul duit along beli ya.”

Ibu aku jawab, “kenap kau tak mampu, aku nak jugak set sofa ni, tulah kau, kahwin lagi dengan lelaki tak guna tu, kerja office je tak naik2 gaji.

Gaji kecil sgt sampai nak beli sofa pun tak mampu. Cerai jelah cari laki yg ada duit, anak org kaya ke.”

Aku diam je, pastu aku pun balas, “sofa kat rumah kita kan elok lagi bu, kenapa nk beli baru.” Ibu aku kata dia jemu dengan sofa lama. Aku tahu aku patut balas jasa ibu aku, tapi berpada pada lah.

Gaji aku tak sebanyak tu utk beli semua benda sekaligus. Kalau aku tak beli, ibu aku akan merajuk dan tidak mahu makan.

Aku sedih sgt. Aku dan suami baru nk memulakan hidup bekerluarga. Tapi nampak gaya mcm susah je.

Aku tak sanggup nk buat loan semata2 nak penuhi permintaan ibu. Kalau buat loan paham2 je la interst bulanan yg aku perlu bayar.

Lebih interest tu aku hantar ibu tunaikan umrah. Aku pernah cakap, tp ibu mcm mencebek kan muka je bila ckp mcm tu.

Salah kah aku kerana tidak tunaikan permintaan ibu aku? Derrhakakah aku? Semoga ada sinar nanti ibu aku akan berubah. In Shaa Allah.

Doakan aku supaya dpt jadi isteri solehah dan anak solehah. Aku dlm dilema sbnrnya antara suami dan ibu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber Seleksi  Media

Be the first to comment on "Ibu sindir suami bila hadiahkan beg tangan, “ibu tak guna beg pasar malam, ibu nak beg Coach”, bila aku check whatsapp ibu syp2 rupanya macam2 dia hina suami aku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*