
LAMAN sosial menjadi pilihan untuk semua golongan tidak kira usia mencari kenalan baharu, berkomunikasi dengan rakan dan berkongsi foto serta video aktiviti harian.
Biarpun ia sesuatu yang baik namun pelakon dan pengacara Janna Nick menganggap media sosial itu juga memberi impak yang negatif terhadap kehidupan seseorang.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, seseorang itu juga akan mula membuat perbandingan disebabkan terlalu memerhatikan perkongsian orang lain di platfrom tersebut.
“Media sosial ini yang toksik sebenarnya… kau scroll IG, duk tengok kehidupan orang. Lepas itu insecure sendiri. Mulalah bandingkan kehidupan kau dengan orang itu.
“Mulalah bandingkan kejayaan orang itu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk bila hilang rasa bersyukur kau itu,” kata Janna menerusi laman Instagram miliknya.
Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut turut bersetuju dengan pandangan Janna mengenai keburukan laman sosial di masa kini.
Tapi siapa yang nak upload cerita duka? Siapa yang nak kongsi kisah luka?
Malah rakan selebriti seperti Eyka Farhana, Idzham Ismail, Nazrief Nazri, Ramona Zam Zam, Fadlan Hazim dan Alvin Chong juga bersetuju dengan pendapat itu.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Aku ini turut berkata, kebanyakan apa yang dikongsikan di laman sosial sekadar permainan dunia saja.
Kata Janna, tiada siapa yang mahu memuat naik perkara yang sedih atau berkongsi cerita duka kepada umum dan turut menasihati pengikutnya agar bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang
“Kau ingat semua yang orang tayang itu, betul-betul berjaya? betul-betul bahagia? betul-betul kaya? Ini semua permainan dunia. Bukan nak kata semua itu dusta semata.
“Tapi siapa yang nak upload cerita duka? Siapa yang nak kongsi kisah luka? Dah… dah, jangan fikir negatif. Jangan rasa diri kau itu kecil.
“Bersyukur saja dengan apa yang kau dah ada #JNbermadah,” ujarnya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Be the first to comment