
Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar & perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain. Cerita ni agak panjang, sebab kalau nak aku ringkaskan, takut tak faham jalan ceritanya.
Nama aku Iasha (bukan nama sebenar) aku ni ade 5 orang adik beradik dan aku no.4 perempuan.. Atas aku semua kakak yang dah berkahwin. No.5 adik aku lelaki.
Cuma aku dan adik aku sahaja belum berkahwin sehingga kini. Kisah ini, terjadi masa umur aku 21 tahun. Umur aku tersangatlah muda waktu aku diberi ujian yang maha hebat ini oleh pencipta aku sendiri (ALLAH S.W.T).
kisah ini juga masih berlarutan sehingga kini 8 tahun dah min. Aku sangat rapat dengan kakak aku No.1, No.2 serta adik aku No.5, Lagipun mana-mana pun aku pergi semua cakap kami macam kembar.
Aku keturunan sheikh, Nak cakap cantik sangat tu mcm bidadari tak delah cantik sampai tahap macam tu. Cuma sedap la mata orang yang memandang aku.. Bapak aku pula berkahwin dengan orang kampung biasa.
Aku banyak tau rahsia dia tapi aku sikit pun tak pernah nak mengadu dekat mak bapak aku. Kalau dia tak balik rumah bapak aku selalu tanya aku, bapak aku selalu cakap aku bersubahat dengan dia.
Setiap kali dia tak balik aku lah orangnya yang menjadi m4ngsa rotan oleh bapak aku sendiri tapi aku tak pernah berdndam aku faham orang tua aku tengah risau pasal dia. Aku shortkan cerita la yer.
Kisah aku ni terjadi masa kakak aku No.3 ni baru nak kahwin. Kakak aku yang 1st and 2nd dah selamat kahwin dah siap ada anak lagi dah masa tu.. Perkahwinan dia, bapak dan mak aku sponsor sebab dia ni memang tak kerja. So, bapak aku suruh dia cari duit baju kahwin sahaja.
Aku memang nak bagi dia pinjam duit tapi masalah aku kena tunggu cheque clear 3 hari. Nak dijadikan cerita, aku pun call kakak aku yang No.2 minta tolong..
Aku cakap kakak aku no.3 nak guna duit nanti aku dapat gaji aku terus bayar dekat kakak aku no.2 tu. So, biarlah kakak aku no.3 tu berhutang dengan aku.
Aku pun beritahu dekat dia tentang hal ini tapi dia m4ki aku macam2 dia cakap aku ini tak boleh nak diharap dan tak nak bantu dia.. Apa yang buat aku sedih bakal abang ipar aku yang nak kahwin dengan kakak aku no.3 ni pun turut m4ki h4mun aku.
Bakal abang ipar aku dengar dia m4ki aku dalam telefon dia cakap ade aku jemput ko datang kenduri kahwin aku?? Aku pun balas lah balik dekat dia, aku cakap yang aku pun ada maruah kalau orang tak jemput aku pun tak ingin nak datang.
Bakal abang ipar aku cakap yang dia h4ramkan sebutir nasi kenduri kahwin dorang masuk dalam mulut aku.. Dan aku balas aku cakap aku h4ramkan selangkah kaki aku jejak majlis dorang..
Aku memang tak balik langsung kampung aku masa majlis dorang.. Aku pun dah tak ambil tahu hal dorang.. Lepas dorang kahwin dalam 3 bulan macam tu kakak aku ni mengandung.
Kakak aku ni agak kedekut sikit lah dalam kami adik beradik, tapi malam tu dia baik sangat dengan aku.. Dia belikan aku tiket bas, dia cakap dengan aku jangan beli air mineral sebab dia dah sediakan untuk aku.
Aku memang tak fikir apa-apa pun sebab kakak kandung sendiri kot min.. Aku ni seorang yang takut pada kegemukkan dan aku memang jaga badan aku, pukul 7 malam ke atas aku tak akan sentuh apa-apa makanan pun.
Aku cuma akan minum air masak sahaja. Tapi malam tu, kakak aku cakap lah yang abang ipar aku ni bekalkan roti sardin yang dia buat sendiri.. Kakak aku pelawa aku makan tapi aku memang tak makan malam.
Aku rasa ade orang tengah ccuk perut aku sampai pedih hulu hati.. Aku pergi tandas aku muntah d***h min.. Aku muntah banyak g1la tapi aku tak beritahu dekat mak bapak atau adik beradik aku langsung.
Aku keluar tandas, kakak aku No.3 betul-betul ada depan pintu tandas aku dalam keadaan tegak berdiri sambil menunduk tapi tak cakap apa-apa pun. Aku yang tengah s4kit ni tak tegur dia langsung.
Aku pun masuk dalam bilik ambil minyak panas sapu dekat perut aku, dia boleh selamba masuk bilik tak tanya atau bercakap dengan aku langsung terus main mesej dengan laki dia.
Aku dah start tak boleh tidur masa tu bila aku tidur mengiring s4kitnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu..Jadinya, aku terpaksa tidur duduk.. Keluarga aku tanya kenapa muka aku pucat?? Aku cuma bagi alasan aku g4strik.
Sebab aku tak suka susahkan orang lebih2 lagi orang tua aku walaupun keluarga aku senang dan bapak aku berpangkat dan ada gelaran.
Aku memang seorang yang low profile sebab aku sendiri pun tak pernah post gambar keluarga aku di media sosial dan aku pun tak suka orang berkawan dengan aku sebab harta dan darjat.. Selama aku hidup berdikari tak pernah aku call mak bapak aku minta duit.
Kakak aku no.1 tu emosi cakap lah anak kandung sendiri pun nak b0mohkan apa punya mak la macam ni dasar sy4itan!! Waktu tu pulak azan maghrib, tiba-tiba kakak aku no.3 ni menjerit macam orang g1la.
Aku yang dengar azan ni tetiba rasa panas nak mti dan secara spontan aku lempang muka kakak aku no.3 ni.. Kecoh 1 rumah kami bergaduh teruk dan mak bapak aku masuk sebelah dia ni sebab dia mengandung.
Aku yang tak pernah tinggi suara atau menjawab apa yang mak bapak aku marahkan ni secara spontan waktu maghrib tu aku hilang rasa hormat dekat mak dan bapak aku sendiri..
Lepas dah bergduh malam tu jugak aku packing barang aku terus balik KL. Mak aku cakap, kalau aku balik malam tu juga jangan dah balik rumah ni lagi, aku dgan kurangajarnya jawab ‘hey orang tua, kalau ko mti pun tak ingin aku jejak kubr ko’.
Ya Allah, aku memang tak sedar apa yang aku cakap waktu tu dan malam tu juga aku balik Kl tanpa hiraukan mak bapak aku.Sesampainya, aku di KL aku baru tersedar yang aku dah jadi anak yang durhaka kepada dua orang tua aku tapi aku langsung tak telefon minta maaf walaupun aku bersalah.. Lepas 3 hari aku balik KL, aku bangun tidur perut aku besar macam orang mengandung lebih dari 9 bulan, baju aku semua tak muat.
Aku pergi hspital Al-ISLAM buat check up dan scan perut, check d***h semua normal.. Setiap malam pukul 3 pagi aku muntah d***h.. Waktu siang aku kesejukkan dan waktu malam panas macam aku dibakar..
Aku buka aircond dan kipas tapi masih terasa panas.. Housemate aku ni orang sarawak, dia suruh aku pergi perubatan islam, jadi aku pergi darul syifa, dari pukul 10 pagi aku tunggu giliran aku sampai pukul 7 malam baru ustaz panggil aku.
Ustaz tak nampak no aku ibarat dah ditutup nama aku dalam senarai menunggu.. Lepas rawatan ustaz cakap aku tak kena apa-apa gangguan pun! Aku dengan rasa kecewa otw balik rumah masa tu dalam kereta kawan aku drive dan aku tertidur aku mimpi gunting nak men1kam dahi aku, terkejut terus terjaga dan kereta yang kawan aku bawa hampir hilang kawalan.. Sesampai aku dirumah..
Aku baru nak tidur, aku baru nak ambil bantal letak atas badan aku sebab aku terpaksa tidur terlentang sebab aku tak boleh tidur mengiring.. Masa aku nak ambil bantal aku nampak lmbaga hitam besar berbulu.
Dia t3rkam aku, mata aku bertentang dengan mkhluk tu sampai aku tak boleh nak cakap apa pun, bila mata aku berkedip lmbaga hitam tu hilang dan aku macam orang hster1a lari keluar rumah dan kebetulan kawan aku yang orang sarawak tu balik rumah jumpa aku dan cuba tenangkan aku!
Malam tu aku tidur dengan dia sebilik.. Keesokkan harinya perut aku makin besar dan kaki aku bengkak tak boleh nak berjalan dah tapi aku gagahkan juga berjalan.. Kawan aku pulak lagi 3 hari dia nak balik kampung dia jadi tinggal la aku seorang kat rumah.
Masa ni, aku dengar bunyi macam-macam.. Bunyi guli jatuh, bunyi orang main suis lampu dan bunyi perempuan menangis di luar bilik aku. Walaupun keadaan aku s4kit teruk yang teramat sangat, aku tetap gagahkan diri aku pergi berubat.
Aku sanggup pergi ke johor seorang diri, semata-mata untuk berubat dalam keadaan aku yang tak boleh nak berjalan, perut besar macam orang mengandung serta kaki bengkak yang teramat-amat.
Setiap tidur aku pasti tak lena sebab aku mimpi pelik-pelik.. Ular hitam, aku terjatuh dari bangunan yang tinggi, buaya nak b4ham aku, kepala aku hampir nak terptus kena kipas angin, binatang yang berduri kejar aku, aku makan dalam tandas dan banyak lagi mimpi2 aku.
Lagi aku berubat lagi teruk keadaan aku, dah berubat si setiap negeri tapi hasil tetap sama malah makin teruk dan orang yang berubat aku semua cakap yang dia tak mampu untuk ubatkan aku kerana orang ni guna b0 moh orang asli untuk musnahkan hidup aku dan nak aku m**i! Benda yang dia hantar kepada aku adalah S4ntau Bsung Angin!! Ya Allah, k3jamnya hati manusia ni.
Aku tak tahu apa salah dan dosa aku.. Ade yang boleh ubatkan aku orang pahang tapi dengan syarat aku mesti pulangkan semula s1hir tersebut andai aku ingkar, Kalau terjadi lagi sekali lagi dekat aku, dia dah tak boleh nak tolong aku.
Tapi aku cakap tak apa tolong ubatkan aku sahaja dan jangan sesekali pulangkan s1hir tersebut kerana aku masih ada agama dan aku tak nak aku sama macam orang tu syrik.
Selepas berubat aku memang sembuh, perut aku turun terus dan aku dah jadi normal.. Keesokan harinya, aku bangun tidur perut aku lagi membesar dan d***h h**d aku tak berhenti keluar selama 3 bulan berturut-turut.
Keadaan aku masa tu, macam m4yat hidup.. Masa tu jugak aku call mak bapak aku ceritakan perkara sebenar dan minta maaf dekat dorang.. Mak aku pun cakap dia pun rasa aku lain sebab aku bukan jenis anak yang melawan cakap orang tua.
Sesampai aku di kampung, keluarga aku terkejut tengok keadaan aku dan bapak aku antara percaya dan tak yang aku terkena buatan s1hir.. Bapak aku bawa aku buat lagi sekali full medical checkup tapi hasil tetap sama tiada sebarang penykit.
Bapak aku bawa berubat, masa berubat aku pengamal tu cakap depan bapak aku sendiri.. Yang santaukan aku ni adalah sedarah sedaging yang tengah mengandung anak perempuan dan secara automatik aku terus tersebut nama kakak aku no.3 ni.
Bapak aku hanya mampu beristifar dan pengamal tu cakap suami isteri yang sntaukan aku!! Yang suami (abang ipar) dah lama menaruh hati dekat aku tapi tak berani nak luahkan sebab dia tahu aku akan menolak..
Yang perempuan pulak (kakak kandung aku sendiri No.3) memang tak puas hati dengan kecantikkan serta kelebihan yang aku ada.. K3jam dan tersangatlah k3jam!!!
Selepas berubat, aku terasa badan ringan sangat sampaikan aku jalan rasa nak terjatuh.. Yerlakan selama ni berat jer aku bawa badan aku ni, tapi perut aku tak turun-turun dan aku boleh gelakkan pengamal tu lagi.
Aku cakap engkau bukan tandingan aku!! Selepas aku berubat, aku makin teruk dan duduk rumah keluarga aku sendiri, aku jadi panas dan aku hilang pertimbangan.. Hari-hari aku makan seperiuk nasi dan 10 biji telur rebus.
Aku makin teruk dan teruk.. Bapak aku selalu akan baca Al-Quran sampai aku tertidur.. Aku dah lama tak tidur malam sebab panas, lepas subuh baru aku akan tertido tapi hanya 3 jam.
Mata aku dah hitam teruk macam panda dah.. Setiap kali bapak aku baca Al-Quran sebelah aku, akan menangis suruh hentikan baca Al-Quran.. Aku pernah nak t1kam bapak aku dengan pisau.
Seluruh negeri aku berubat sehinggakan tahun berganti tahun aku tetap tak sembuh malah makin hari makin hebat dugaan hidup aku dan makin sakit..
Aku hampir nak b***h diri aku sendiri kerana aku dah m**i akal, aku telan pil Jamu 30 biji sampai biru bibir aku.. Bapak aku perasan perubahan aku dan nampak botol pil tu atas katil lalu aku ditampar oleh bapak aku sendiri dan bapak aku jolok tekak aku.
Ya Allah ampunkan lah dosa2 aku kerana aku betul-betul hilang kawalan!! Allah S.W.T masih sayangkan aku.. Terima kasih Ya Allah..
Aku berubat lagi tapi makin teruk.. aku call kakak aku no.3 minta ampun maaf dan aku sanggup sujud dikaki dia 7 hari 7 malam andai aku pernah s4kitkan hati dia tapi dia m4ki aku, dia tak mengaku langsung malah dia beritahu semua kenalan dan kawan-kawan aku, mengandung anak lvar nikah.
Malunya aku hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu! Sudahlah dib0 mohkan malah difitnah pulak aku ni.. Start dari hari tu juga kesabaran aku dah sampai puncak, aku berdoa sedalam dalam hati aku masa dia nak beranak nanti akan ada masalah.
Itu doa orang yang teranaiya oleh aku.. Sepatutnya, dia beranak normal tapi dia terpaksa op3rate.. Anak dia sehingga kini tak boleh bercakap langsung.
Dia boleh jalan selamba belakang aku! Benda tu perempuan, hitam rambut panjang sampai lantai bila aku toleh dia tak ade.. Aku ni dulu penakut teramat-amat tapi bila dah bertahun benda ni asyik menghantui aku, dah jadi biasa dan hijab aku dah terbuka sehingga kini.. Keadaan aku makin hari makin tenat dan aku dah redha andai masa aku dah tiba.. Aku pun ade call mak bapak aku minta halalkan semuanya dan minta ampun maaf andai selama aku hidup ni banyak aku s4kitkan hati dorang..
Mak bapak aku cakap andai ni takdir hidup aku dorang redha.. Oh lupa aku nak cerita, masa bapak dan mak aku tahu yang s4ntaukan aku kakak aku sendiri, mak aku tanya kakak aku tapi dia tak mengaku!! Mak aku sampai tak hiraukan dia tapi aku cakap dengan mak aku jangan disebabkan aku, mak berdosa sebab bahagikan kasih sayang. Siapalah kita untuk menghukun dia biar Allah S.W.T sahaja yang membalas..
Memang gagak hitam tu ade kat situ dah 2 hari asyik memekak jer dan ustaz suruh aku balik sekarang juga dia akan buat dari jauh supaya gagak tu hilang dan ustaz pesan dengan aku andai gagak tu patuk kepala aku nywa aku di ambang m4ut!. Dalam keadaan aku yang lemah, kaki aku bengkak macam gajah dan perut aku membesar macam orang mengandung kembar 8 anak, aku gagahkan juga naik LRT ke stesen bas dan balik ke kampung..
Ustaz ade berpesan jangan sesekali tidur dalam bas tapi aku memang dah tak larat.. Masa aku dalam perjalanan balik ke kampung, aku tertidur dan bermimpi bas yang aku naik acc1dent.. Bas tu terbelah dua dekat seat yang aku duduk tu.. Kiri kanan aku lori yang bawa besi mcm terowong tu.. Besi terowong tu nak ccuk jntung aku tapi Allah masih sayangkan aku, kakak aku no.2 call..
Bila aku tersedar aku tahu tu bukan mimpi malah betul-betul hampir terjadi.. kiri dan kanan aku lori yang sama dalam mimpi aku. Bagi aku, itu petunjuk kecil dari Allah S.W.T.. Driver bas tu macam tahu ade yang tak kena dekat aku.. Sepanjang perjalanan driver bas buka surah2 Al-Quran sekuat-kuatnya sehingga sampai kampung aku.. Mungkin driver bas tu kena ganggu kot kan?
Tapi ustaz tak nak beritahu aku, dia cakap cukuplah dia seorang sahaja yang tahu.. Kalau aku betul nak tahu, aku kena amalkan 7x Al-Fatihah, 7x Ayat Kursi, 3 Qul dan doa sedalam-dalam hati aku nak tahu siapa yang buat aku dengan niat nak mengelak dari jumpa or rapat dengan orang yang shirkan aku ni.. Akhirnya, 3 malam aku bermimpi kakak dan abang ipar aku no.3 ni.. Aku mimpi dia baik sangat dengan aku, tapi aku pulak yang jahat dalam mimpi tu..
Dia dan abang ipar aku bagi aku makan ayam seekor dekat rumah pelcuran, bagi aku makan dekat dalam tandas dan belikan aku macam-macam.. Setiap apa yang aku mimpi semua berkaitan dengan dorang.. Untuk pengetahuan min/pembaca aku dah 8 tahun tak balik raya di kampung sebab setiap tahun mesti kakak aku no.3 tu akan balik rumah mak bapak aku.. Selama 8 tahun juga aku beraya seorang diri..
Raya ke 4 baru aku balik kampung itu pun kakak aku no.3 tu dah balik klang.. Selepas aku sihat sikit, bapak aku pun buka cerita.. Masa aku dalam perut mak aku lagi ade orang tua minta izin dekat bapak aku nak jaga aku tapi bapak aku tak izinkan.. Setiap malam, aku pasti akan jalan dalam tidur seolah olah ade orang panggil aku tapi bapak aku akan tidur depan pintu bilik supaya dia sedar kalau aku berjalan keluar..
Lepas aku sembuh sikit dari s4kit, aku mimpi aku pakai baju kurung warna putih dan kain baju kurung tu macam orang-orang lama dan kain kurung tu jenis putih bersih.. Sejak Aku mimipi aku terima kain kurung tu,aku mimpi dekat kepala aku sebelah kiri setiap helaian rambut aku di tanam benda mcm serbuk buluh sebab tu kepala aku asyik gatal dan rambut aku yang lebat makin nipis disebabkan ggur..
Aku dah boleh ubatkan diri aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak pecahkan angin-angin dekat perut aku.. Ustaz pun ade cakap yang dia dah sedaya upaya ubatkan aku cuma dekat kem4luan aku ade sekor j1n ni duduk.. Ustaz tak boleh buang, andai dia buang juga ibarat dia dah bersetbuh dengan aku.. Sehingga kini, perut aku masih buncit tapi tak dah macam dulu sekarang macam orang mgandung 3bulan macam tu..
Sebab sampai sekarang balik rumah tu aku jadi panas walaupun aku tak seteruk dahulu.. Aku dah redha dengan takdir hidup aku dan aku pun dah redha andai aku tak diberi kesempatan untuk menjaga kedua-dua orang tua aku.. Tapi setiap bulan, aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai anak dengan memberi nafkah untuk kedua-dua orang tua aku walaupun aku tahu kedua orang tua aku punyai duit sendiri..
Setiap pagi aku selalu doakan supaya Allah S.W.T masukkan iman dalam diri orang yang shirkan aku.. Susah untuk aku maafkan apatah lagi untuk aku lupakan semuanya tapi jauh dari sudut hati aku, kesian sebab dekat dunia mungkin akan terlepas tapi dekat akhirat kelak pasti akan merangkak cari aku! Aku beralah bukan bererti aku kalah tapi aku beralah dengan membawa diri jauh supaya dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan.
Sungguh berat ujian ini Ya Allah.. Biarlah masa dan waktu yang menentukan segala-galanya.. Aku minta maaf andai cerita aku ni buat pembaca kurang faham sebab aku pun baru pertama kali luah dekat sini.
Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.. Aku mohon doa pembaca semua tolong doakan aku sehat seperti dahulu dan tolong doakan perut aku keluar angin-angin jahat.. Terima kasih semoga Allah sahaja yang mampu balas budi baik kalian.. Allahuakbar(3x) – Hamba Allah yang teranaiiya.
Sumber fiksyenshasha via KRT.
Be the first to comment